Kad Diskaun Khas Menu Rahmah: Cara Memohon & Kriteria Kelayakan

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH: Cara Memohon & Kriteria Kelayakan | Baru-baru ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha Menu RAHMAH bagi membeli barangan keperluan perniagaan.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Kemaskini Maklumat & Tarikh Permohonan Baru

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH adalah merupakan inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan para pengusaha menyediakan Menu RAHMAH dan bersama-sama membantu pihak kerajaan untuk menangani kos sara hidup. 

image

Menerusi kad tersebut, pengusaha boleh mendapatkan barangan di enam pasar raya yang telah menjalin kerjasama dengan kementerian.

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini merupakan inisiatif bersama 6 pasar raya selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

Inisiatif ini juga adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.

Pasaraya Terlibat

Enam pasar raya yang bersetuju terbabit dalam pelaksanaan inisiatif ini adalah:

  • AEON Big
  • Econsave
  • Giant
  • Lotus’s
  • Mydin
  • NSK

Barangan Ditawarkan

Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang sudah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti; ayam, bawang dan barang asas makanan. 

BACA JUGA: Pakej 5G RAHMAH – Pelan Internet & Promosi Telefon Pintar 5G

Cara Memohon

Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan berikut: https://menuRAHMAH.kpdn.gov.my/

Setelah pendaftaran berjaya, pengusaha boleh menikmati diskaun khas ketika pembelian barang keperluan tertentu seperti yang dinyatakan. 

Kriteria Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar sebagai pengusaha Menu RAHMAH
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM & pihak berkuasa tempatan

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline: 03-8882 5881/5905

Atau, hantarkan pertanyaan anda melalui emel berikut: [email protected] 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: