Apps Misi: Pengenalan, Cara Daftar & Muat Turun

Apps Misi: Pengenalan, Cara Daftar & Muat Turun | Bagi memenuhi keperluan masyarakat yang gemar membeli makanan secara dalam talian, terdapat beberapa syarikat penghantaran makanan dibangunkan seperti Foodpanda, Grabfood dan sebagainya.

Salah satu aplikasi terkini yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia ialah MISI. 

Pengenalan MISI 

MISI adalah merupakan sebuah aplikasi penghantaran makanan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri, iaitu  Encik Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi.

Pada mulanya, aplikasi ini dibangunkan sebagai alternatif kepada syarikat penghantaran makanan yang lain. Hal ini kerana, harga makanan yang dipaparkan melalui aplikasi mereka adalah sama dengan harga makanan yang dijual di kedai penjual.

Berbeza dengan aplikasi yang lain, penjual akan menaikkan sedikit harga makanan dan minuman memandangkan mereka perlu mengambil kira peratusan komisyen yang perlu dibayar kepada pemilik aplikasi atau platform.

BACA JUGA: Lelaki Kongsi Tips Tingkatkan Sales GrabFood Dari RM500 Ke RM20K Dalam 4 Bulan

Cara Daftar 

A. Sebagai Pengguna

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengguna aplikasi MISI, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah:

1. Layari laman web MISI di melalui pautan berikut: https://misirakyat.com/

Atau, anda boleh muat turun aplikasi MISI di Google Play/Apps Store. 

2. Buka laman web atau aplikasi tersebut, dan klik pada pautan bertulisan “Login/Daftar”.

3. Seterusnya, klik  “Daftar Sini”. 

4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

5. Selesai. Anda boleh mula menempah makan atau beli barang runcit melalui aplikasi MISI.

NOTA: Pembayaran untuk pembelian melalui aplikasi ini hanyalah pembayaran dalam talian sahaja – tiada pilihan Cash On Delivery (COD) bagi mengelakkan kes rider ditipu atau di prank.

B. Sebagai Vendor / Penjual

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai penjual atau vendor pula, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah. 

1. Layari laman web berikut untuk mendaftarkan perniagaan anda di aplikasi ini: https://misirakyat.com/daftar/bisnes

2. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk proses pendaftaran perniagaan anda sebagai vendor. 

Sila rujuk video di bawah untuk membantu anda:

Kelebihan untuk Peniaga di Misi

1. Untung 100% daripada jualan: Guna Percuma dengan syarat anda wajib kekalkan harga kedai di dalam app misi kerana anda untung 100% tanpa sebarang potongan.

2. Payout bila-bila masa sahaja: Anda boleh keluarkan duit jualan pada bila-bila masa sahaja. Segala transaksi direkod untuk anda rujuk sentiasa.

3. Set masa untuk setiap order: Anda tidak perlu lagi sidai rider di kedai anda. Kerana rider akan datang pickup mengikut masa yang anda tetapkan.

4. Refund item terpantas: Selalu pening kepala nak refund order bila item habis? Di misi anda boleh refund duit masuk terus ke wallet customer.

5. Admin Official Full Support: Anda akan mendapat bimbingan khas daripada admin official dari misi untuk bantu anda setup app dan naikkan sales.

6. Buka Unlimited Bisnes: Anda boleh membuka banyak bisnes dengan akaun yang sama. Sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak cawangan dan ingin centralizekan bisnes.

7. Lantik Staff untuk kedai: Sebagai owner, mesti anda tak sempat uruskan kedai dalam app. Jangan bimbang, anda boleh lantik staff di dalam app untuk jaga dan urus order kedai.

BACA JUGA: Peniaga Sekarang Kena Ada QR Pay Untuk Bayaran Cashless. Ini Caranya, Mudah Je!

Muat Turun Aplikasi MISI

Untuk memudahkan, anda digalakkan memuat turun aplikasi ini melalui Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS. Klik pautan berikut: 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan aplikasi MISI, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: