Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun 2021 & Tempoh Akhir Pembayaran

Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar?

Ini kerana, ada antara kita yang akan menerima pembayaran terakhir i-Sinar bulan ini – terutamanya bagi yang telah menerima kelulusan seawal Januari lalu.

Seperti yang kita tahu, bayaran iSinar akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bermakna selepas 6 bulan kita menerima duit i-Sinar, tiada lagi bayaran yang akan diterima selepas itu.

Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Berikut adalah makluman tarikh bayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Jun 2021 yang akan diterima.

Tarikh Bayaran iSinar Bulan Jun 2021

Seperti bulan-bulan sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Jun akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama hari bekerja, iaitu dijangka dari 1 Jun sehingga 10 Jun 2021.

Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

isinar bulan mei

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 April, dan bulan Mei dan Jun juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Baca juga: Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia!

Semakan Tarikh Akhir Pembayaran i-Sinar

Seperti yang dimaklumkan semasa permohonan, bayaran i-Sinar akan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

Bagi yang dah buat pindaan, (contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon) nanti bila buat pindaan, akaun kembali berstatus Active dan ada Recurring Date sampai ke tarikh akhir bayaran yang akan dibuat.

KWSP bayar semua amaun yang layak seperti yang dipinda baru-baru ni seperti dalam gambar di bawah.

i-sinar bulan jun

Cara buat semakan di i-Akaun boleh rujuk seperti di bawah:

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Jun dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
isinar bulan April

Bagi yang belum ada i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dengan merujuk step-by-step di sini: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Tarikh Akhir Memohon i-Sinar

Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

Jadi bagi anda yang masih belum memohon dan ingin membuat pengeluaran Akaun 1, sila pastikan anda tidak terlepas tarikh yang dinyatakan ini ya!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).

Semoga info ini bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: