Intipati Bajet 2023 & Ringkasan Belanjawan

bajet 2023

Bajet 2023 dirangka demi kepentingan #KeluargaMalaysia.

Kepelbagaian inisiatif yang membawa kepada pembaharuan ekonomi akan dapat dimanfaatkan oleh semua golongan rakyat Malaysia.

Ianya akan menjana peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik, kehidupan yang lebih sejahtera serta peluang sosio-ekonomi yang inklusif dan mampan.

Intipati Belanjawan 2023

Berikut adalah antara intipati Belanjawan 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

BKM 2023
BKM 2023

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

blank

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

BAJET BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

BKM

ii) e-Pemula

Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, memanfaatkan 8 juta individu.

blank

iii) Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) sebanyak RM150 akan diberi kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa & akan disalurkan pada Januari 2023.

blank

FOKUS BELANJAWAN 2023

FOKUS PERTAMA

Bantuan serta inisiatif di bawah tiga (3) teras utama Bajet 2022 iaitu Rakyat, Perniagaan dan Komuniti telah membantu nilai eksport negara meningkat sebanyak 48.2% kepada RM141.3 bilion pada bulan Ogos 2022, iaitu peningkatan selama 13 bulan berturut-turut. Bagi 8 bulan pertama 2022, jumlah eksport telah melebihi RM1 trillion.

Secara keseluruhan, perdagangan luar berkembang sebanyak 33.1% kepada RM1.87 trilion bagi 8 bulan pertama tahun ini.

Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

*Memelihara Kebajikan Rakyat

*Mengutamakan Keluarga Malaysia

*Membina Kehidupan Kondusif

FOKUS KEDUA

Pihak Kerajaan merancang untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) di Parlimen menjelang akhir tahun ini yang akan merangkumi strategi kemampanan fiskal dan panduan mengenai aspek seperti memastikan asas hasil lebih luas serta had hutang statutori tetap dipatuhi.

Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

*Mempermudah Aktiviti Perniagaan

*Merancak Pelaburan dan Perdagangan

*Menyokong Industri Tumpuan

FOKUS KETIGA

Pihak Kerajaan telah memperuntukkan subsidi hampir RM80 bilion, angka tertinggi dalam sejarah negara. Ini adalah bagi mengawal kadar inflasi negara serta kos sara hidup #KeluargaMalaysia yang semakin meningkat. Bagi 7 bulan pertama tahun ini, inflasi negara adalah 2.8%, antara kadar yang terendah di dunia. Tanpa pemberian subsidi kepenggunaan berkaitan, kadar inflasi negara dianggar meningkat sehingga 12%.

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

*Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil

*Meneruskan Projek Infrastruktur Negara

*Mengungguli Agenda Kelestarian

FOKUS KEEMPAT

Kedudukan ekonomi Malaysia pada ketika ini berada di landasan yang kukuh dan stabil, walaupun diancam ketidakstabilan ekonomi global yang dicetuskan oleh tegangan geopolitik dan faktor luar. Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif mengawal pergerakan ekonomi semasa bagi memelihara kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

*Memperkukuh Perkhidmatan Utama

*Membina Daya Tahan Negara

*Penyampaian Perkhidmatan Awam

Tarikh Pembentangan Bajet 2023

Ikuti pembentangan Bajet 2023 melalui Siaran Langsung di RTM hari ini, 7 Oktober, pada jam 2.30 petang.

LIVE STREAMING:

blank

PAUTAN LIVE STREAMING : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1

Rujuk Portal Rasmi Belanjawan 2023 : https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/

Baca juga: