TNB Online: Cara Semak & Bayar Bil Elektrik Secara ‘Online’
TNB Online ~ Seiring dengan kemajuan teknologi, kini anda boleh menyemak jumlah bil elektrik semasa dan juga membuat pembayaran bil elektrik bulanan secara dalam talian. Semuanya berada di hujung jari anda sahaja!
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai cara menyemak dan membayar bil letrik secara dalam talian.
BACA JUGA: SESCO: Semakan Bil Elektrik Sarawak Energy Online
Pengenalan Portal myTNB (TNB Online)
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyediakan portal khusus, iaitu myTNB, untuk membolehkan pengguna menyemak serta membayar bil elektrik mereka secara dalam talian.
Bukan itu sahaja, pengguna mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendaftar meter secara online, menyemak status permohonan dan pelbagai lagi kemudahan lain.
Sebelum menggunakan dan mengakses segala kemudahan yang ada dalam portal myTNB, anda perlu mendaftarkan akaun di portal ini terlebih dahulu.
Cara Mendaftar Akaun myTNB
Anda boleh rujuk langkah-langkah mendaftar akaun di portal myTNB seperti di bawah:
- Layari laman rasmi myTNB di pautan berikut: https://www.mytnb.com.my/
- Klik ‘New here? Register now!’
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti; emel dan kata laluan.
- Kemudian klik, ‘Register’
- Lengkapkan nama, no kad pengenalan serta no telefon anda serta tandakan setuju pada terma dan syarat.
- Seterusnya, klik ‘Create Account’.
- Selesai.
NOTA: Untuk memudahkan, anda boleh memuat turun aplikasi myTNB di telefon bimbit anda.
- Pengguna Android – Google Play
- Pengguna iOS – App Store
- Pengguna Huawei – App Gallery
Cara Semak Bil Elektrik Secara ‘Online’
Sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran akaun, anda boleh log masuk ke akaun anda dengan menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.
Anda boleh menyemak bil semasa serta jumlah penggunaan tenaga elektrik (harian dan bulanan) di halaman utama (dashboard) setelah log masuk.
Terdapat graf perbandingan bil untuk beberapa bulan sebelum itu. Secara tidak langsung, anda juga boleh membuat perbandingan penggunaan elektrik pada bulan-bulan sebelumnya.
BACA JUGA: Elak Penyewa Tak Bayar, Ini Cara Tukar Nama Bil TNB Online
Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online
Untuk melakukan pembayaran, anda boleh klik ‘Pay Now’ dan pilih cara pembayaran yang anda inginkan.
Pastikan anda mengisi butiran pembayaran yang diperlukan dengan betul semasa melakukan pembayaran. Apabila pembayaran telah diterima, anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
Selesai! Mudah kan?