in

LHDN Boleh Akses Maklumat Bank Tanpa Kebenaran Pemilik Akaun

lhdn boleh akses akaun bank
ADVERTISEMENT

LHDN Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar Cukai Tanpa Mohon Kebenaran Dengan Pindaan Akta Sedia Ada

Tular di media sosial mengatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak lagi perlu memaklumkan kepada para pembayar cukai apabila ia meminta butiran akaun mereka daripada bank untuk tujuan semakan dan penilaian.

Adakah ini benar?

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sin Chew Daily, LDHN boleh berbuat demikian kerana pindaan terbaharu terhadap Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan diluluskan di Parlimen.

Berdasarkan kepada laporan berita tersebut, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak memerlukan kebenaran daripada pembayar cukai untuk mendapat akses kepada maklumat akaun bank untuk melihat atau membuat siasatan berdasarkan kepada pindaan terkini Seksyen 106A, Akta Cukai Pendapatan.

Sebelum pindaan akta dilakukan, LHDNM perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik akaun sebelum bank memberikan maklumat tersebut.

Ini bermaksud, dengan pindaan akta yang dilakukan ini, LHDN boleh mendapatkan akses maklumat secara terus kepada akaun bank tanpa perlu mendapat kebenaran pemilik akaun terbabit.

Baca juga:

Apakah Seksyen 106A, Akta Cukai Pendapatan?

Seksyen 106A merupakan salah satu cadangan pindaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ini memberi maksud bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak akan terpakai untuk penguatkuasaan Seksyen 106A di masa hadapan.

Sebelum ini, jika merujuk kepada PDPA, pihak bank perlu mendapatkan kebenaran daripada pengguna sebelum memberikan maklumat kepada LHDNM.

Seksyen 106A yang dicadangkan membenarkan LHDNM untuk membuat tuduhan kepada pembayar cukai di mahkamah serta membolehkan LHDNM mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai.

Pihak bank pula tidak dibenarkan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik akaun. Jika pihak bank melanggar peraturan ini, mereka boleh dikenakan denda antara RM 200 – RM 20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Perkara ini mendapat perhatian rakyat Malaysia di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi.

Jadi, apa kata anda?

*Sumber: Majalah Labur, Sin Chew Daily

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan MAFI (PLKPK)

caj rm1 atm

Pengeluaran ATM Antara Bank Akan Dikenakan Caj RM1 Mulai Februari