Cara Daftar Vaksin Untuk Pelajar 12 Tahun Ke Atas Di MySejahtera

CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK PELAJAR / ANAK REMAJA DI MYSEJAHTERA

Keluarga kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka untuk vaksinasi berikutan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mulai menyuntik anak-anak yang berusia 18 tahun terutamanya pelajar SPM.

Semakan dengan aplikasi MySejahtera menunjukkan bahawa ibu bapa kini dapat menambahkan anak-anak mereka sebagai tanggungan dengan mengklik pilihan “Tambahkan Dependen Vaksin” di bawah kategori “Vaksinasi”.

Sebelum ini, aplikasi MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan vaksin bagi tanggungan yang berumur 18 tahun ke atas.

Langkah untuk mengimunisasi kanak-kanak dan remaja sebelum ini telah memberi persetujuan Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) baru-baru ini untuk penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur sekurang-kurangnya 12 tahun.

Ini juga sejajar dengan fasa kelima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk memulakan imunisasi mereka yang berada dalam kumpulan umur itu pada bulan Ogos, manakala calon yang menduduki SPM dan STPM pula dijangka akan mendapat vaksinasi mulai Julai 2021.

Dalam sebuah posting di Facebook, KKM juga memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Sumber: Public Health Malaysia

Keutamaan Vaksin Remaja

Pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

TERKINI: Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) akan mula beri vaksinasi pada kanak-kanak berumur 12-17 tahun dengan keutamaan berikut:

  • 12-17 dengan masalah kesihatan
  • 12-17 tanpa masalah kesihatan berdasarkan peningkatan Usia

*Pengumuman lanjut akan dibuat minggu hadapan – Khairy Jalamaludin

Bagi anak yang berumur 18 tahun dan akan memasuki umur 18 tahun untuk tahun 2021 ini, sila rujuk cara pendaftaran di bawah.

Baca juga: Cara Kemaskini Status Ibu Mengandung & Menyusu Di MySejahtera

Cara Daftar Vaksin Pelajar / Anak Remaja 12 Tahun Ke Atas Di MySejahtera

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di aplikasi MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Tekan butang COVID19 Vaccination.
  3. Tekan menu Add Vaccine Dependent.
  4. Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
  5. Tekan butang Proceed.
  6. Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.
  7. Selesai. Anak anda kini telah didaftarkan.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

LANGKAH 1

Buka aplikasi MySejahtera.

LANGKAH 2

Tekan butang COVID19 Vaccination.

LANGKAH 3

Tekan menu Add Vaccine Dependent

LANGKAH 4

Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.

daftar vaksin untuk anak

Tekan butang Proceed.

daftar vaksin untuk anak mysejahtera

LANGKAH 5

Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.

daftar vaksin untuk anak

SELESAI

Selesai. Anak anda kini telah didaftarkan.

NOTA: Setelah didaftarkan vaksin sebagai tanggungan, perincian individu tidak dapat didaftarkan pada akaun MySejahtera yang berbeza.

Baca juga: Help Desk MySejahtera: Semakan Maklumat Untuk Ibu Ayah Yang 60 Tahun Ke Atas Yang Belum Dapat Vaksin

SOALAN LAZIM PENDAFATARAN VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK 12 TAHUN KE ATAS (FAQ)

Bilakah vaksin untuk calon SPM dan STPM akan diterima?

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijangka bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan Julai.

Di manakah vaksin untuk calon SPM dan STPM akan dilaksanakan?

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah.
Selepas tiga minggu, mereka akan menerima dos kedua.

Adakah vaksin selamat untuk kanak-kanak?

Kerajaan telah bersetuju untuk tidak memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 17 tahun ke bawah termasuk calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi mengelakkan sebarang risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung) selepas individu remaja mengambil dos kedua suntikan vaksin COVID-19 seperti kajian di Amerika Syarikat.
Namun begitu, bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai usia 18 tahun contohnya calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia, termasuk yang akan memasuki usia 18 tahun pada tahun ini, vaksinasi COVID-19 akan diteruskan mengikut penjadualan dan janji temu yang telah ditetapkan.

Siapakah yang akan diberi keutamaan untuk mendapat vaksin kanak-kanak?

Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata akan memberi keutamaan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan diberi suntikan vaksin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: