Permohonan Rentas Negeri Mesti Dibuat Di Balai Polis – DS Ismail Sabri

Petaling Jaya, 9 April 2021 – Permohonan bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri perlu dibuat di balai polis dengan mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti yang sahih, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Susulan itu, beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan atau anggota penguat kuasa yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam urusan memberi kebenaran rentas negeri.

Katanya, amaran sama turut diberi kepada orang awam yang menyalahgunakan borang kebenaran rentas negeri termasuk membeli atau mendapatkan borang kosong dengan tandatangan dan cop palsu pihak berkuasa.

Baca juga: Prosedut Permohonan Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)

“Orang awam perlu mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri dan tidak mengambil jalan mudah dengan memalsukan dokumen berkenaan.

“Permohonan borang rentas negeri mesti dibuat di balai polis dengan butiran yang sahih. Jadi, tindakan tegas akan diambil jika ada cop dan tandatangan palsu (pada borang).

“Malah, jika ada orang dalam (salah guna kuasa anggota penguat kuasa), tindakan tegas juga mesti diambil kerana ia satu pelanggaran undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, hari ini.

borang rentas negeri

Baca juga: Viral Borang Rentas Negeri Dah Dicop Sebelum Isi, Polis Buka Kertas Siasatan

Semalam, polis di Shah Alam membuka kertas siasatan susulan tindakan individu membuat pemalsuan tandatangan pada borang rentas negeri kononnya milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 di sini, selepas gambar borang itu tular di media sosial.

Sebelum ini, satu lagi kes seumpama itu turut dilaporkan berlaku membabitkan borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu, tular di media sosial, namun siasatan awal mendapati tandatangan itu dipalsukan.

*Sumber: BERNAMA via Berita Harian

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: