Malaysia MADANI : Definisi, 6 Tonggak Membangunkan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan  ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. 

BDalam artikel ini akan dikongsikan lebih lanjut tentang konsep ini dan rukun serta pelaksanaannya.

Apakah Maksud MADANI?

Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu, maksud perkataan madani adalah seperti berikut:

[ma.da.ni] | مدني

Definisi : Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemaikan nilai-nilai murni keke-luargaan; kurikulum itu juga terarah kpd pembinaan masyarakat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

“Kita luncurkan MADANI bukan sebagai ‘slogan’ baru, tetapi ia adalah ikhtiar kita untuk bawa anjakan kepada masyarakat dan sistem kenegaraan. Sekarang adalah kesempatan yang baik untuk memungkinkan idea yang pernah saya lontarkan lebih dua dasawarsa yang lalu.”

pm anwar ibrahim

Perdana Menteri dalam ucapan amanat beliau berkata Madani, istilah yang telah lama disebut oleh pemikir, mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai dan akhlak serta tata kelola adil dan berkesan.

Menurutnya, Madani tidak sama sekali akan mengetepikan tonggak mendirikan sistem atau menegakkan sistem yang lebih mampan kepada sebuah negara.

Menurut Profesor Madya Dr Jeniri Amir, dari perspektif politik, masyarakat madani merupakan suatu organisasi atau gerakan yang bebas daripada campur tangan atau kawalan mana-mana parti politik. 

Setiap ahlinya barangkali mempunyai kecenderungan tertentu, namun ia tidaklah sehingga mempengaruhi keputusan mereka dalam menentukan hala tuju negara khususnya menuju ke arah mewujudkan masyarakat madani.

6 Rukun Tonggak Malaysia Madani

MADANI merupakan satu kerangka dasar yang terdiri daripada 6 tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI:

  • M = keMampanan
  • A = kesejAhteraan
  • D = Daya cipta
  • A = hormAt
  • N = keyakiNan
  • i = Ihsan

Berteraskan enam tunjang utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, berdaya cipta, hormat, kepercayaan dan ihsan, ia menjadi panduan bagi setiap lapisan khususnya dalam pentadbiran negara.

MADANI disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka untuk memperkukuh 8 keperluan:

  •  Ekonomi dan Kewangan
  •  Perundangan
  •  Institusi
  •  Pendidikan
  •  Kemasyarakatan 
  •  Kebudayaan
  •  Bandar
  •  Luar Bandar

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata konsep madani disifatkan sebagai pendekatan sederhana, rasional dan musyarawah yang cuba diterapkan Perdana Menteri berdasarkan acuan sendiri, bukannya dipengaruhi pengamal barat.

Baca juga: Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri melalui saluran berikut:

Sumber:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: