Help Desk MySejahtera: Semakan Maklumat Untuk Ibu Ayah Yang 60 Tahun Ke Atas Yang Belum Dapat Vaksin

SEMAKAN HELP DESK MYSEJAHTERA

Antara kegunaan lain dalam aplikasi mySejahtera yang boleh dilakukan sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan Vaksinasi dan Covid-19.

Sekiranya diri kita sendiri atau mak ayah kita yang belum mendapat temujanji vaksin COVID-19, sedangkan berusia 60 tahun dan ke atas, silakan buka MySejahtera di mana pendaftaran untuk vaksin dibuat, tak kiralah untuk diri sendiri atau tanggungan.

Help Desk di aplikasi MySejahtera tu banyak fungsinya, termasuklah kalau nak batalkan temujanji vaksin atau tunda ke tarikh yang lain dan sebagainya.

Baca juga: MySejahtera Kini Boleh Daftar Vaksin Untuk Anak 12 Tahun Ke Atas, Ini Caranya

Abah hari tu salah daftarkan nombor MyKad dia di MySejahtera. Jadi, pada MySejahtera dia, tak ada Sijil Digital yang dia dah pun menerima vaksin COVID-19 yang lengkap 2 dos. Bila disemak semula, rupanya nombor MyKad di MySejahtera yang tak betul.

Dengan menggunakan Help Desk, kami dah selesaikan isu tu. Admin berikan langkah demi langkah melalui emel saya untuk membantu Abah untuk betulkan kesilapan tu dan lepas tu, terus keluar Sijil Digital dia.

Klik dekat Help Desk. Dan ikut arahan seterusnya untuk dapatkan tarikh temujanji yang terdekat.

Sila rujuk panduan lengkap di bawah untuk berurusan dengan Help Desk MySejahtera.

Cara Buat Semakan & Pertanyaan Di Help Desk MySejahtera

Berikut dikongsikan langkah yang boleh dilakukan untuk membuat semakan di Help Desk MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Pergi ke menu HELPDESK.
  3. Anda akan dibawa ke paparan HelpDesk.
  4. Pilih isu yang dihadapi.
  5. Sila isikam maklumat jika diperlukan.
  6. Respon anda akan direkodkan dan akan dikemaskini.
help desk mysejahtera
help desk mysejahtera
help desk mysejahtera

Sila rujuk panduan video di bawah untuk lebih mudah faham:

Video asal oleh: Pusat Internet Komuniti Taman Seri Kemendor

Baca juga: MyVac: Langkah Pendaftaran Sebagai Sukarelawan, Elaun RM100 Sehari

Dengan trafik yang tinggi, harapnya kita bersabar kalau admin MySejahtera lambat memberikan maklum balas ya.

JKJAV masih melaksanakan fasa II sehingga bulan Ogos.

Nampak gayanya dengan lebih 215,000 dos sehari, dan bekalan yang dijangka tiba dengan begitu banyak pada bulan depan, proses pemberian vaksin fasa III yang dah pun bermula di beberapa tempat, boleh diperluaskan dengan segera.

Sekarang ni, masing-masing resah gelisah menunggu giliran untuk menerima vaksin COVID-19 kan. Bersabar sikit lagi wahai kengkawan. Kita doakan semoga dengan kerjasama semua, kita dapat membentuk immuniti kelompok dengan lebih cepat.

*Sumber: Dr Rusyainie Ramle, Pusat Internet Komuniti Taman Seri Kemendor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: