PKP 3.0: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan
Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan Dalam Tempoh PKP 3.0
Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan di negeri-negeri terlibat sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.
Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PDRM untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.
Urusan kecemasan tertentu juga dibenarkan untuk membuat permohonan rentas negeri dengan syarat disertakan bukti / dokumen sokongan yang sah.
Contoh urusan kecemasan adalah kematian ahli keluarga terdekat, sakit tenat, temuduga, urusan keluar negara, dan sebagainya.
Baca juga: MyTravelPass: Permohonan Keluar Dan Masuk Negara Secara Online
Jika pemohon mempunyai alasan yang munasabah, individu tersebut boleh mengemukakan surat kebenaran rentas negeri dengan menyertakan bukti yang kukuh dan dokumen penting seperti:
- Salinan kad pengenalan
- Dokumen-dokumen yang berkaitan; surat pelepasan bekerja, surat daripada hospital atau klinik
- Borang permit / surat kebenaran merentas negeri
- Seeloknya pastikan setiap dokumen ini dibuat dua salinan, satu untuk simpanan balai polis, dan satu untuk simpanan sendiri.
Berikut adalah contoh permohonan / surat kebenaran rentas seperti untuk urusan kecemasan yang boleh anda edit dalam versi Word atau copy terus dari teks di bawah.
Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri PKP Bagi Urusan Kecemasan
Nama:
Alamat:
No Telefon:
___________________________________________________________________
Kepada Ketua Polis Daerah XXX (Sila nyatakan daerah masing-masing)
Tuan/Puan
PERMOHONAN RENTAS NEGERI
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin membuat permohonan rentas negeri daripada negeri Johor ke Kuala Lumpur atas sebab hal kecemasan (Contoh: kematian ahli keluarga terdekat / urusan ahli keluarga terdekat sakit / mengurus anak di hospital & lain-lain yang dikategori sebagai hal kecemasan)
Disini saya sertakan butiran peribadi bagi kegunaan pihak tuan/puan:
Nama:
No K/P:
No Pendaftaran Kereta:
Tarikh:
Masa:
Alamat destinasi:
Bilangan ahli keluarga yang dibawa :
Saya amat berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Saya akan menerima segala syarat dan peraturan yang perlu saya patuhi untuk tujuan hal kecemasan ini. Saya akan segera kembali ke tempat tinggal saya secepat mungkin setelah selesai urusan kecemasan ini.
Saya juga ada melampirkan bukti bagi permohonan rentas negeri untuk rujukan pihak tuan. (*Sila sertakan lampiran seperti sijil kematian, surat pengesahan hospital, surat temuduga & surat lapor diri)
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
……………………………….
(Nama & Tandatangan)
*Muat turun Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri yang boleh anda edit sendiri dalam versi Word di bawah INI.
(Penafian: Surat ini adalah contoh permohonan sahaja dan kelulusan rentas negeri adalah tertakluk kepada SOP terkini dan pertimbangan oleh pihak PDRM.)
Muat Turun Permit / Borang Kebenaran Rentas Negeri PDRM
Selain mengemukakan permohonan melalui surat kebenaran rentas negeri, yang PALING PENTING, pemohon perlu mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PDRM.
Langkah untuk membuat permohonan rentas negeri adalah seperti berikut:
- Muat turun Borang Permit Kebenaran Rentas Negeri dari laman web PDRM atau save image JPEG di bawah.
- Cetak / print borang berkenaan dalam 2 salinan.
- Selepas itu, isikan dan hantarkan ke balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman sendiri sebelum membuat pergerakan.
- Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) https://www.rmp.gov.my/…/borang-permit-pergerakan…
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) : https://www.rmp.gov.my/…/borang-permit-pergerakan-pkpb…
NOTA PENTING
Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan dalam tempoh PKP 3.0.
Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
Sila rujuk Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP untuk melihat contoh, memuat turun dan mencetak surat.
Sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.