MyTravelPass: Permohonan Keluar Dan Masuk Negara Secara Online

Bermula 7 Oktober 2020, semua permohonan kebenaran masuk dan keluar negara bagi warganegara Malaysia dan warganegara asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass.

Menerusi sistem baharu ini, tempoh permohonan mampu dipendekkan antara 3-5 hari berbanding 7-10 hari menggunakan sistem e-mel sebelumnya.

Jom ketahui lebih lanjut tentang MyTravelPass dan cara membuat permohonan keluar masuk negara secara atas talian.

Apakah MyTravelPass ‘Single Window’?

JIM telah mengambil langkah pro-aktif dengan menambahkan baik sistem MyTravelPass sebagai single window.

Ia bagi memudahkan rakyat tempatan dan warga asing untuk membuat permohonan keluar atau masuk ke negara ini.

mytravelpass malaysia

8 Kategori Permohonan Keluar Dan Masuk Negara Melalui MyTravelPass

Untuk permulaan, sebanyak 8 kategori permohonan boleh dikemukakan melalui MyTravelPass iaitu:

  • Permohonan masuk melalui Singapura Reciprocal Green Lane (RGL)
  • Permohonan masuk melalui Singapura Periodical Commuting Arrangement (PCA)
  • Permohonan keluar oleh warganegara Malaysia atas sebab yang boleh dipertimbangkan.
  • Permohonan masuk oleh warga asing atau penduduk tetap (PR).
  • Permohonan masuk oleh majikan bagi kategori Pembantu Rumah Asing (PRA) atau Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
  • Permohonan pasangan kepada warganegara Malaysia atau pasangan kepada PR atau anak kepada warganegara Malaysia atau anak kepada PR.
  • Permohonan masuk dan keluar oleh warga asing kategori ekspatriat.
  • Permohonan masuk oleh warga asing kategori Malaysia My Second Home (MM2H).

Baca juga: Bantuan Pakej Pelan Data Dan Peranti KPT Bagi Pelajar IPT 2020/2021

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan keluar atau masuk ke negara Malaysia, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyTravelPass iaitu di www.imi.gov.my atau https://mtp.imi.gov.my
  2. Pilih Kategori Permohonan.
  3. Baca dan Fahami Syarat-Syarat Permohonan.
  4. Klik Butang “Agree And Proceed”.
  5. Isikan semua maklumat diri dan butiran permohonan.
  6. Klik butang “Submit”
  7. Semak status penerimaan di e-mel.

Semakan Status Kelulusan MyTravelPass

Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah ini:

  1. Layari laman web MyTravelPass https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/semakan
  2. Isikan Nombor Permohonan atau Nombor Pasport dan Status Warganegara.
  3. Klik butang ‘Search’.
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.

Baca juga: SOP PKPB (9 Nov-6 Dis) Semua Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan

Prosedur Terkini Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin Keluar Negara Dan Masuk Semula Ke Malaysia

JIM telah mengeluarkan surat prosedur bagi warganegara Malaysia yang ingin keluar negara bagi tujuan menyambung pelajaran dan bekerja bertarikh 10 September 2020 berkaitan perkara ini.

Sehubungan itu, berikut merupakan prosedur terkini bagi warganegara Malaysia yang ingin keluar negara dan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

A. PROSEDUR KELUAR NEGARA

i) Kategori yang TIDAK PERLU memohon kelulusan dari JIM:

  • Diplomat dan petugas di Kedutaan Malaysia yang ingin bertugas di luar negara termasuk tanggungan masing-masing.
  • Pelajar (menyambung pengajian dan baru mendapat tawaran belajar beserta tanggungan masing-masing).
  • Pelajar yang ingin mengambil peperiksaan.
  • Pemegang Pas Jangka Panjang di luar Negara (Pemastautin Tetap / Pas Residen / Pas Kerja dan lain-lain).
  • Bekerja dengan syarikat petroleum dan syarikat perkapalan dan perlu sign-on ke atas kapal di luar negara.
  • Baru mendapat tawaran bekerja.
  • Mengiring pelajar untuk belajar (pengiring terhad kepada dua orang sahaja).

ii) Kategori yang PERLU memohon kelulusan dari JIM:

  • Menghadiri mesyuarat / seminar / pameran / urusan perniagaan.
  • Urusan kecemasan.

iii) Kategori yang TIDAK DIBENARKAN keluar negara:

  • Melancong / bercuti.
  • Lawatan biasa ke atas ahli keluarga.

B. PROSEDUR MASUK SEMULA KE MALAYSIA

Warganegara Malaysia yang berada di luar negara atau diberi kebenaran keluar dalam tempoh PKP adalah DIBENARKAN masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kelulusan dari JIM.

Warganegara Malaysia dari negara yang disekat atau memegang pas lawatan jangka panjang dari negara yang dikenakan sekatan dibenarkan masuk ke Malaysia walaupun pernah keluar dalam tempoh PKP.

Rujuk selanjutnya: Prosedur Terkini Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin Keluar Negara Dan Masuk Semula Ke Malaysia (Kemaskini 15 September)

Maklumat Lanjut

Portal Jabatan Imigresen Malaysiahttps://www.imi.gov.my

Sistem Pertanyaan Online (SPO):http://eapp.imi.gov.my/spo

Sistem Temujanji Online (STO):http://sto.imi.gov.my

MyTravelPass:https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main

Facebook: Jabatan Imigresen Malaysia https://www.facebook.com/imigresen

Twitter: @imigresenmy https://twitter.com/imigresenmy

Instagram: Imigresenhttps://instagram.com/imigresen/

YouTube: Imigresen TV https://www.youtube.com/channel/UCzoLpkgcaPIdCIfEOvHuq2A

Telegram: Jabatan Imigresen Malaysiahttp://telegram.me/imigresen

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs): https://www.imi.gov.my/…/1742-soalan-lazim-perkhidmatan…

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: