SOP PKPB (9 Nov-6 Dis) Semua Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 diputuskan, ramai yang ingin tahu apakah SOP PKPB terkini.

Untuk makluman, PKPB telah diumumkan kerana pendekatan lebih tegas dan berani mesti diambil sebelum keadaan menjadi lebih parah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, SOP PKPB adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini, antaranya bagi yang perlu merentas daerah atau negeri, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau kebenaran majikan.

Katanya, ini termasuk larangan pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak kecuali dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pergerakan rentas daerah dalam Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.

Berikut disenaraikan lagi SOP PKPB terkini oleh MKN yang telah dikemaskini 8 November 2020 yang perlu anda tahu.

SOP PKPB (9 November – 6 Disember 2020)

SOP PKPB UMUM (Kawalan Pergerakan)

(DIKEMASKINI 14 November 2020)

  • Hanya tiga orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan asas, perubatan dan lain-lain keperluan.
  • Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
  • Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi / industri dibenarkan keluar masuk. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan ini bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • Bagi pergerakan udara melalui lapangan terbang, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
  • Perkhidmatan teksi / e-hailing (maksimum hanya 3 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh PKPB.
  • Perkhidmatan pengangkitan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT /MRT / ERL/ Monorel dan teksi / e-haling DIBENARKAN beroperasi. Individu yang menggunakan pengangkutan awam bagi tujuan rentas negeri / daerah selain tujuan ke tempat kerja perlu mendapat kebenaran PDRM.
  • Bagi kes kecemasan dan kemalangan yang memerlukan rawatan di hospital / klinik dibenarkan bergerak mengikut kapasiti kenderaan TANPA perlu mendapatkan kebenaran PDRM.
  • Kes temujanji perubatan DIBENARKAN bergerak mengikut kapasiti kenderaan hanya dengan menunjukkan kad / surat temujanji.
  • Bagi kes pengurusan jenazah di luar daerah, adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.
  • Mana – mana individu yang berasal dari kawasan PKPB dibenarkan untuk pulang ke kawasan tersebut dengan kebenaran PDRM.
  • Bagi pergerakan yang perlu melalui kawasan PKPB ke kawasan lain adalah DIBENARKAN dengan perlu mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan. Jumlah penumpang adalah bergantung kepada kapasiti kenderaan.
  • Pergerakan ke kawasan PKPD adalah berdasarkan SOP PKPD.

Baca juga: Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB & Kebenaran Rentas Negeri

SOP Aktiviti Perniagaan, Restoran, Kedai (Ekonomi) Dalam Kawasan PKPB

  • Perniagaan / ekonomi / industri boleh beroperasi seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store adalah dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Restoran dan Kedai Makan dibenarkan beroperasi secara dine-in (DIHADKAN 2-4 orang 1 MEJA DENGAN PENJARAKAN 1 METER ANTARA PELANGGAN).
  • Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar borong adalah antara 12.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA.
  • Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA.
  • Waktu operasi pengepaman di stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam).
  • Operasi dobi dibenarkan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
  • Operasi lain-lain perniagaan yang dibenarkan bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Baca juga: Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

SOP Perkhidmatan Perubatan / Kesihatan

  • Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan beroperasi 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

SOP Aktiviti Pekerjaan

  1. Pergerakan keluar / masuk merentas kawasan PKPB tidak dibenarkan. Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah ATAU surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas.
  2. Pekerja yang merentas negeri ke dalam kawasan PKPB dibenarkan dengan mengemukakan pas kerja ATAU surat kebenaran daripada majikan .
  3. Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan menetapkan pekerja bekerja dari rumah (work from home) KECUALI pekerja dalam kategori yang ditetapkan oleh pekeliling / Arahan JPA bagi penjawat awam dan Business Continuity Plan (BCP) (terlibat secara langsung dengan pengoperasian syarikat) bagi kakitangan sektor swasta.
  4. Bagi kenderaan yang membawa pekerja adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP.

Lain-lain SOP PKPB & Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

sop pkpb
sop pkpb

*Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN) – Dikemaskini 14 November 2020

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: