in ,

Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

takwim persekolahan 2021
ADVERTISEMENT

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuatnaik Takwim Persekolahan 2021, di mana ia memuatkan tarikh persekolahan setiap penggal, tarikh perayaan dan tarikh cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Dengan kekangan wabak COVID-19 yang sedang melanda, permulaan takwim persekolahan telah ditunda kepada tarikh berikut:

  • Murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan hadir ke sekolah mulai 1 Mac 2021
  • Murid Tahun 3 hingga 6 akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac 2021
  • Sekolah rendah dan menengah swasta dibuka mengikut tarikh sekolah kerajaan
  • Sekolah antarabangsa, institusi pendidikan swasta kategori pusat dan pusat tuisyen dibuka mulai 8 Mac 2021
  • Sekolah yang tak berdaftar dengan KPM disaran untuk ikuti tarikh yang ditetapkan KPM dan semua SOP
  • Murid sekolah menengah kumpulan A akan kembali ke sekolah pada 4 April 2021
  • Murid sekolah menengah kumpulan B akan kembali ke sekolah pada 5 April 2021

Berikut merupakan perincian takwim persekolahan untuk tahun 2021 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan A

Negeri-negeri Kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

cuti sekolah 2021

Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan B

Negeri-negeri Kumpulan B termasuklah semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

cuti sekolah 2021

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Terkini (Sidang Media KPM 19 Februari 2021)

Dengan merujuk Takwim Persekolahan 2021 ini, bolehlah ibu bapa, guru dan pelajar membuat perancangan yang sebaiknya dengan program-program yang bermanfaat.

Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2021.

ADVERTISEMENT

Dalam jadual di bawah inidisertakan bersama tarikh cuti sekolah yang melibatkan cuti perayaan tahun 2021 seperti Tahun Baru Cina , Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Krismas serta Hari Deepavali.

Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

Peruntukan cuti tambahan tidak perlu diganti.

Semoga perincian cuti sekolah dan tarikh perayaan yang dimaklumkan ini dapat memberi panduan kepada semua untuk merancang aktiviti tahunan pada tahun 2021 nanti.

Baca juga: Ringkasan Belanjawan 2021 Yang Mungkin Anda Terlepas

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Takwim Persekolahan Tahun 2021 dan kenyataan terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web https://www.moe.gov.my/.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ringkasan belanjawan 2021

Ringkasan Belanjawan 2021 Yang Mungkin Anda Terlepas

sop pkpb terkini

SOP PKPB (9 Nov-6 Dis) Semua Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan