Pendapatan Isi Rumah Malaysia Dianggarkan Cecah RM10,000 Sebulan, Pada Tahun 2025

Pentadbiran Malaysia kekal optimis akan usaha meningkatkan sasaran negara untuk ke arah berpendapatan tinggi.

Perkara itu telah digariskan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada hari ini (27 September) – menurutnya sekiranya pembaharuan pelan ini berjaya mencapai sasaran, ini akan membantu rakyat Malaysia capai kualiti hidup yang lebih baik.

Di mana, ia merangkumi pencapaian matlamat seperti paras pertumbuhan KDNK Malaysia di kadar 4.5% hingga 5.5% dalam tempoh 5 tahun dan purata Pendapatan Isi Rumah pula berupaya mencapai RM10,000 sebulan menjelang tahun 2025.

https://twitter.com/IsmailSabri60/status/1442343460615307272?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1442343498666020869%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Frnggt.com%2F202116717%2F

Selain itu, matlamat lain turut diperincikan adalah jurang KDNK per kapita antara Wilayah Tengah dan Sabah dapat dikurangkan kepada 1 nisbah 2.5, manakala Sarawak pula 1 nisbah 1.2 pada tahun 2025 kelak.

Melalui aturan ini, sekaligus dapat membantu rakyat negara bersama negeri yang sedang membangun untuk menutupi jurang pendapatan dan memberi gambaran ekonomi Malaysia ketika itu sedang mengalami lonjakan yang baik.

Sumber: rggt.com

Baca juga: Suami Lengkap Vaksin Boleh Teman Isteri Bersalin – KJ

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: