e-Placement: Penempatan Lantikan Tetap JKN 2023

e-Placement: Penempatan Lantikan Tetap JKN | Baru-baru ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah meluluskan pelantikan tetap seramai 1,912 calon simpanan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi untuk mengisi baki kekosongan jawatan.

Setiap calon diberi ruang untuk memilih sendiri satu (1) penempatan secara dalam talian menerusi sistem e-placement. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Pemberian Vaksin TDAP Percuma untuk Ibu Hamil – KKM

e-Placement 

e-Placement adalah merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan permohonan penempatan pegawai KKM yang berkaitan.

Calon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.

Pemilihan penempatan dalam sistem e-Placement ini adalah diwajibkan bagi tujuan pengesahan melapor diri bertugas. 

Tawaan pelantikan tetap akan terbatal sekiranya tiada pemilihan penempatan dibuat di portal e-Placement. 

Tarikh Penempatan Lantikan Tetap JKN 2023

Calon akan menerima pemakluman penempatan di peringkat fasilliti daripada JKN mulai 14 November 2023.

Tarikh lantikan tetap calon adalah berkuat kuasa pada tarikh lapor diri bertugas iaitu 18 Disember 2023.

BACA JUGA: Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM Terkini 2023

Rayuan 

Selaras dengan keprihatinan KKM, kementerian turut menyediakan saluran untuk rayuan menerusi google form bagi calon simpanan yang sedang mengikuti pengajian kepakaran, berjauhan dengan pasangan atau mengalami masalah kesihatan. 

  • Pegawai perubatan, rayuan dibuka pada 9 Oktober – 20 Oktober
  • Pegawai pergigian, rayuan dibuka bermula 9 Oktober – 18 Oktober.
  • Pegawai farmasi, rayuan dibuka bermula 16 Oktober –  25 Oktober.

Tindakan yang Perlu Diambil

1. Log masuk ke sistem ePlacement dalam tempoh ditetapkan (https://eplacement.moh.gov.my/)

2. Pilih penempatan di JKN yang ditawarkan dalam sistem ePlacement

3. Cetak slip pengesahan pemilihan penempatan

4. Buat semakan penempatan ke fasiliti dengan JKN masing-msaing mulai 14 November 2023

5. Lapor diri ke fasiliti pada 18 Disember 2023 kecuali calon yang telah diluluskan penangguhan oleh Ketua Jabatan baharu.

e-Placement: Penempatan Lantikan Tetap JKN 2023
e-Placement: Penempatan Lantikan Tetap JKN 2023

Sumber: Twitter Rasmi KKM

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Bahagian Sumber Manusia yang bertugas seperti maklumat berikut:

Rujuk Kenyataan Media dalam PDF di bawah:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: