Pemberian Vaksin TDAP Percuma untuk Ibu Hamil – KKM

Pemberian Vaksin TDAP Percuma untuk Ibu Hamil | Untuk pengetahuan anda, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan pemberian vaksin TDAP iaitu kombinasi Tetanus–Difteria-Pertussis (TDAP) kepada semua ibu hamil di Malaysia secara PERCUMA. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Apa Itu Vaksin TDAP? 

Vaksin TDAP adalah singkatan dari tetanus (T), difteri, (D), dan acellular pertussis (AP) atau batuk kokol. 

Pemberian vaksin ini adalah untuk melindungi/mencegah penyakit tetanus, difteri, dan acellular pertussis (batuk kokol) terutamanya bagi golongan yang mudah dijangkiti seperti bayi di bawah umur 5 bulan. 

Vaksin TDAP

Walaubagaimanapun, bayi yang baru lahir tidak dapat menerima vaksin secara langsung memandangkan usianya yang terlalu muda, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pertussis dan komplikasi penyakit berikutan imuniti rendah.

Oleh itu, apabila ibu hamil diberikan vaksin berkenaan, mereka bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri malah menyumbang antibodi kepada bayi mereka melalui plasenta dan ini memberikan perlindungan pasif kepada bayi baru lahir pada minggu terawal selepas dilahirkan.

Vaksin daripada ibu ini akan membantu bayi dari dalam kandungan sehingga berupaya menerima vaksin secara langsung pada usia dua bulan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan dan melengkapkan tiga dos apabila mencapai usia lima bulan. 

Sumber: Astro Awani

Siapa Yang Layak Menerima Vaksin TDAP?

Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara layak untuk menerima vaksin TDAP ini secara percuma bermula tahun depan. 

Inisiatif ini melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta dengan anggaran sebanyak 500,000 ibu hamil sebagai penerima vaksin untuk setiap tahun. 

BACA JUGA: Rawatan HFMD Guna Serbuk Kunyit & Daun Semambu Tidak Digalakkan – KKM

Kebaikan Vaksin TDAP

TDAP adalah vaksin kombinasi yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada ancaman tiga penyakit akibat bakteria yang berpotensi untuk menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa, iaitu: 

  • Tetanus: Tetanus adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Clostridium tetani. Kesannya, ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada sistem saraf. 
  • Difteri: Difteri adalah penyakit yang menyerang sistem pernafasan sehingga boleh menyebabkan kegagalan ginjal, kerosakan saraf bahkan kelumpuhan.
  • Batuk kokol: Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan.

Kesan Sampingan

Vaksin tersebut telah mendapat kelulusan dan kegunaannya sudah melepasi kajian dan mempunyai peratus keberkesanan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, ibu hamil tidak perlu bimbangkan apa-apa. 

Pemberian vaksin ini ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kandungan selain kesan sampingan ringan yang biasa dialami selepas vaksin seperti demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

Cara Pelaksanaan Program Vaksin TDAP

Pemberian vaksin TDAP ini akan diberikan ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) secara percuma di fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara sebanyak dos vaksin. 

Pelaksanaannya akan bermula setelah urusan perolehan bekalan vaksin TDAP selesai dan bekalan vaksin berkenaan tersedia di kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

BACA JUGA: Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM Terkini 2023

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau info terkini mengenai pemberian vaksin ini, sila layari pautan berikut: https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2023/08/29/pemberian-vaksin-tdap-dberi-secara-percuma-ibu-hamil-bermula-2024/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: