Cara Renew Lesen GDL 2023 – Borang & Harga Bayaran
Cara Renew Lesen GDL 2023 ~ Sekiranya anda tercari-cari cara untuk renew lesen GDL, anda berada di artikel yang tepat.
Berikut dikongsikan cara renew lesen GDL serta harga dan borang pembaharuan lesen GDL 2023.
Sebelum itu, mari ketahui apa itu lesen GDL.
Lesen GDL
GDL atau Goods Driving License adalah merupakan salah satu lesen vokasional yang membolehkan pemandu membawa kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam.
Lesen GDL ini dikeluarkan kepada pemohon yang telah memiliki lesen memandu kompeten (pemohon lesen konduktor tidak disyaratkan memiliki lesen memandu) dan lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Pemandu perlu memiliki lesen Kereta Manual (D) terlebih dahulu untuk mendapatkan lesen GDL Vokasional.
Kelayakan bagi permohonan Lesen Vokasional:
- Telah lulus pemeriksaan perubatan sebagaimana disyaratkan
- Telah menghadiri kelas teori dan latihan amali sebagaimana disyaratkan
- Lulus ujian teori dan amali sebagaimana disyaratkan
- Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
- Pemohon warganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja
NOTA: Permohonan lesen GDL boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja.
BACA JUGA: MyLesen B2: Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2023
Cara Renew Lesen GDL 2023
Sekiranya anda sudah memiliki lesen GDL dan lesen anda telah tamat tempoh, sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara renew lesen GDL.
1. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk renew lesen GDL anda:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
- Tidak disenaraihitamkan;
- Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
- Lesen memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
2. Sila pergi ke mana-mana cawangan JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1 JPJ berdekatan anda untuk pembaharuan lesen memandu vokasional termasuk lesen GDL.
3. Sila sediakan dokumen-dokumen seperti di bawah:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
- Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
4. Jangan lupa sediakan duit untuk pembayaran. Bayaran adalah RM20.00/tahun.
5. Selesai.
NOTA: Lesen GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) hanya boleh diperbaharui secara manual di Pejabat JPJ sahaja.
Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
- Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Kadar Bayaran Urusniaga Lesen Memandu
Kadar bayaran lesen GDL adalah sebanyak RM20 sahaja untuk tempoh satu tahun.
Anda boleh rujuk bayaran urusniaga lesen memandu yang lain dengan memuat turun PDF di bawah:
Borang Pembaharuan Lesen GDL 2023
Anda perlu mengisi dan menghantar Borang Pembaharuan Lesen GDL untuk memperbaharui lesen GDL anda. Sila muat turun Borang Pembaharuan Lesen GDL (Borang JPJ L8) dibawah:
Sila muat turun juga borang laporan perubatan (Borang JPJ L8A) di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/pembaharuan-lesen-memandu-vokasional