‘Instafamous’ Ini Mahu Taja Tiket Bas Balik Kampung Untuk Yang Tidak Berkemampuan!

Akhirnya setelah sekian lama ‘lockdown’ dan tidak boleh rentas negeri, kini kerajaan telah pun membenarkan rakyatnya merentas negeri pada 13 Oktober lalu. Ini lah masanya untuk kita pulang ke kampung bertemu keluarga tercinta atau bercuti di seluruh negeri di Malaysia.

Disebabkan PKP yang terlalu lama, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang telah hilang punca pendapatan dan wang simpanan makin susut. Ini menyebabkan mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa orang tua mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat turun di Instagram, Hafiz Mahamad yang merupakan Instafamous dan juga pemilik Ainaa Beauty mahu menaja tiket pulang ke kampung bagi yang tidak berkemampuan.

Dalam perkongsiannya itu, beliau berasa sedih apabila membaca dm daripada pengikutnya yang tidak dapat pulang ke kampung oleh kerana kekurangan wang yang semakin susut.

Yang menyedihkan lagi, ada yang ingin pulang ke kampung hanya untuk membersihkan pusara kedua ibu bapa mereka.

Menerusi pengkongsiannya lagi, beliau ingin menaja tiket ke Pantai Timur dan Utara dalam 2 hingga 3 biji bas. Malah beliau juga turut bertanyakan mana-mana syarikat bas yang boleh berurusan untuk hubunginya.

Kredit: Hafiz Mahamad

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: