Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC), Majlis Peperiksaan Malaysia

Borang Deklarasi Saringan COVID-19

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM serta MUET dikehendaki mengisi borang deklarasi saringan Covid-19 bagi mengisytiharkan status kesihatan mereka setiap hari sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang minggu peperiksaan, ibu bapa perlu sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menunjukkan sebarang gejala.

Semasa di pusat peperiksaan, langkah-langkah pencegahan Covid-19 perlu sentiasa diamalkan seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci atau mensanitasi tangan, tidak berkongsi peralatan atau alat tulis dengan calon lain, serta mematuhi penjarakan fizikal.

“Perkara ini perlulah sentiasa diamalkan sebelum, semasa mahupun selepas menjalani peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, calon juga disarankan untuk menghadkan pergerakan mereka dan mengurangkan kontak sepanjang musim peperiksaan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata, semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan awam termasuk calon, petugas peperiksaan, pihak pentadbir, ibu bapa, dan penjaga supaya sentiasa mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam dalam norma baharu yang telah ditetapkan.

borang deklarasi COVID

Peringatan – Menyembunyikan maklumat penting atau memberikan maklumat yang tidak betul dan tidak benar atau tidak bekerjasama dengan mana-mana staf USM yang bertugas atau enggan memberikan maklumat yang dikehendaki berkenaan COVID-19 adalah merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 22(c) dan 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Muat Turun Borang Deklarasi Saringan COVID-19

Berikut dilampirkan Borang_Deklarasi_Saringan_COVID-19 untuk dilengkapkan oleh pelajar yang bakal menduduki dan menghadiri peperiksaan SPM, STPM atau MUET 2022.

borang deklarasi COVID

Untuk memuat turun BDSC rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila ke pautan PDF berikut:

https://www.mpm.edu.my/…/mua…/muat-turun-borang-gunasama

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang penggunaan borang ini, sila rujuk ke laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) : BORANG DEKLARASI SARINGAN COVID-19 PEPERIKSAAN

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: