Cara Mohon Diskaun Roadtax 80% JPJ Untuk Kereta Lama / Klasik/ Vintaj
CARA MOHON PENGURANGAN LKM (ROADTAX) UNTUK KERETA KLASIK / VINTAJ
Anda ada kereta lama di rumah?
Tahukah anda, JPJ menawarkan diskaun sehingga 80% untuk cukai jalan (roadtax) kereta jenis lama / klasik ini.
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memohon pengkelasan kenderaan klasik / vintaj mereka bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Sistem akan mengklasifikasikan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan di mana 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%) dan 25 tahun kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%). Sila rujuk JPJ berdekatan untuk maklumat lanjut.
Perkara ini dimaklumkan melalui laman web rasmi JPJ.
Baca juga:
- e-Testing JPJ : Sistem Ujian Lesen Memandu Terkini
- Cara Check Saman JPJ & Pembayaran Online Di Portal MySikap
CARA DAPAT DISKAUN 80% UNTUK CUKAI JALAN (ROADTAX) KERETA LAMA / VINTAJ
Berikut kami kongsikan sebuah hantaran oleh Jai Zaidi Ramli tentang cara memohon pengurangan cukai jalan untuk kereta lama / vintaj.
Perghhhh!!! Rupa-rupanya kita boleh dapat diskaun 80% untuk cukai jalan kereta lama kita!
Kalau Kereta 3,000cc, biasa bayar roadtax RM2,100 setahun sekarang cuma bayar RM400 aje setahun. Banyak tu jimat duit kan?
Apa syarat-syaratnya & macam mana caranya?
SYARAT:
- Umur kereta dah cukup 25 tahun dari tarikh dibuat.
- Keadaan kereta mestilah Original. Paling penting steering & rims perlulah yg asal. Kalau enjin dah tukar, tetapi enjin yang sama dan dah di endorse, boleh.
- Warganegara Malaysia & kereta atas nama sendiri.
- Ada 2 kereta lain atas nama sendiri (tak kisah apa jenama, model, condition, baru atau lama, dll)
- Motokar tersebut mestilah didalam keadaan “roadworthy” dan semua sistem yang terdapat padanya berfungsi dengan baik. Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek, sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.
CARA MOHON:
- Bawa Kereta ke ke mana2 Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Negeri berhampiran atau Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.
- Bawa dokumen yang perlu iaitu:
- a) Borang Permohonan Kereta Vintaj (boleh dapat di laman web JPJ BORANG PERMOHONAN STATUS KENDERAAN VINTAJ & KLASIK atau di kaunter pemeriksaan)
- b) Geran kereta klasik & 2 kereta lain atas nama kita.
- c) Salinan IC.
- d) Gambar-gambar kereta (sudut hadapan, belakang, sisi, bahagian dalaman kenderaan steering/ dashboard).
- Pegawai JPJ bertugas akan memeriksa kereta tuan-tuan.
- Jika LULUS, sijil pengesahan klasik 80% akan di keluarkan dan valid/ laku selama 5 tahun.
- Ucapkan Syukur Alhamdulillah kerana dah dapat diskaun 80%.
Sekarang terbuktilah kereta tuan-tuan memang Pehhhhhhh!!!!
Sumber: Jai Zaidi Ramli