e-Testing JPJ : Sistem Ujian Lesen Memandu Terkini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ di seluruh negara, April ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, sistem e-Testing ini bertujuan meningkat integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu secara elektronik.
Menurutnya, menerusi sistem ini pegawai penguji JPJ akan memantau di bilik kawalan, manakala calon yang diuji berseorangan dalam kereta.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang e-Testing JPJ untuk makluman bersama.
Apakah e-Testing JPJ?
Sistem tersebut masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya namun terdapat perubahan untuk pembelajaran sesi di litar iaitu pegawai dan calon tidak duduk sekali di dalam kereta.
Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.
Sistem ini dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas di samping memudahkan keputusan ujian memandu untuk dijana secara terus.
Baca juga:
- JPJeQ: Cara Daftar Sistem Nombor Giliran Kaunter JPJ
- Cara Tukar Nama Kenderaan Secara Online (MySikap JPJ)
6 Peringkat Sistem Pembelajaran & Ujian JPJ Terkini
Menurut JPJ, calon ujian memandu sistem e-Testing ini perlu melalui 6 peringkat iaitu, belajar dalam kelas, di litar dan di jalan raya.
Berbanding dengan sistem sebelum ini, tiada perubahan bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan di jalan raya.
Kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT.
Apa yang membezakan hanyalah sesi belajar di dalam litar ; iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.
Setakat ini terdapat 232 IM di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini di pusat penyedia dilantik JPJ.
JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan IM dalam e-Testing itu menepati enam eleman ditetapkan JPJ.
Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun dan Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak JPJ: