JPJeQ: Cara Daftar Sistem Nombor Giliran Kaunter JPJ

JPJeQ : Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga Di Kaunter JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada.

Beberapa cawangan JPJ telah menggunakan aplikasi JPJeQ bagi memudahkan urusan anda.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang aplikasi sistem nombor giliran dalam talian terbaharu JPJ iaitu JPJeQ.

Apakah JPJeQ?

Aplikasi JPJ eQ ini merupakan aplikasi secara mobile yang membenarkan pelanggan :

  • membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Fungsi / Cara Menggunakan Aplikasi

Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.

Lepas dah ambil nombor giliran, bolehlah kita pergi ke tempat lain dahulu jika giliran kita masih lambat.

Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba.
Sistem ini juga Mesra Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, dan Berkeperluan Khas.

jpjeq

Baca juga:

Cara Dapatkan Nombor Giliran Melalui JPJeQ

Di sini kami kongsikan langkah menggunakan aplikasi JPJeQ:

  1. Muat turun aplikasi ini di pautan berikut:
    Google App Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpj.queue&hl=en&gl=US
    Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/jpjeq/id1545069171
  2. Semak cawangan terdekat
  3. Hadir ke cawangan dan imbas kod QR.
  4. Pilih perkhidmatan.
  5. Terima notifikasi nombor giliran.
  6. Pelanggan akan diminta bersedia ke kaunter apabila nombor giliran sudah hampir tiba.
jpjeq

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut berkaitan aplikasi ini, sila hubungi media sosial dan laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: