MySikap JPJ: Login & Pendaftaran ID Awam MyJPJ

Cara Daftar ID Awam MySikap Untuk Pengguna Aplikasi MyJPJ

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing bermula hari ini.

Katanya, warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

Di sini kami kongsikan cara daftar ID Awam MySikap dan portal JPJ Online terkini iaitu MyJPJ.

2 Jenis Pendaftaran MySikap JPJ

Terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.

Berikut adalah perbezaan bagi kedua-dua jenis ID tersebut:

  • eID Standard:
    • Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar
    • Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
  • eID Advance:
    • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
    • Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
daftar mysikap

Secara ringkasnya, perbezaan utama adalah dari segi capaian terhadap transaksi, maksudnya ID advanced boleh melakukan lebih banyak jenis perkhidmatan JPJ secara online.

mySIKAP : Senarai Perkhidmatan JPJ Online

SENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP KENDERAAN

  1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  3. Permohonan PEK Maklumat Kenderaan
  4. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
  5. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
  6. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)
  7. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  8. Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

LESEN MEMANDU

  1. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
  2. Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)
  3. Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  4. Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  5. Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  6. Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh
  7. Semakan Pertukaran Lesen Memandu
  8. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal
  9. Semakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu
  10. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia
  11. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
  12. Semakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu

KESALAHAN & PENALTI

  1. Bayaran Saman JPJ
  2. Pertanyaan Senarai Hitam
  3. Pertanyaan Saman / Notis
  4. Pertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal
  5. Pertanyaan Mata Demerit

KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

  1. Permohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik
  2. Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
  3. Permohonan Cop Semula No.Casis
  4. Permohonan Cop Semula No. Enjin
  5. Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)
  6. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan

So, macam mana nak daftar sebagai pengguna MySikap?

Rujuk langkahnya di bawah ini:

Cara Daftar ID Awam MySikap

i) Cara Daftar MySikap (Standard ID)

Untuk pengguna Standard ID, tak perlu hadir ke kaunter pun untuk pengesahan cap jari.

Boleh buat secara online saja.

Caranya:

  1. Layari laman web https://jpj.gov.my atau terus ke laman web MySikap di https://public.jpj.gov.my/
  2. Tekan butang Daftar / Log Masuk Kali Pertama
  3. Isikan butiran yang bertanda * sahaja
  4. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  5. Klik Teruskan
  6. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  7. Klik Teruskan.
  8. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  9. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
daftar mysikap

ii) Cara Daftar MySikap (Advanced ID)

Untuk pendaftaran pengguna Advanced ID, anda perlu hadir ke Cawangan JPJ berhampiran untuk pengesahan cap jari.

Caranya:

  1. Hadir ke cawangan JPJ berhampiran
  2. Dapatkan Nombor Rujukan Pendaftaran ID Portal MySikap
  3. Layari www.jpj.gov.my
  4. Klik Daftar
  5. Klik Log Masuk Kali Pertama
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan beserta Nombor Rujukan yang diperolehi dari cawangan JPJ tadi (mesti didaftarkan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan)
  7. Sahkan dan klik Hantar
  8. Tunggu notifikasi Pendaftaran Berjaya dan semak e-mel untuk mendapatkan kata laluan sementara.
  9. Log masuk kali pertama menggunakan kata laluan sementara yang diberikan.
  10. Tukar kata laluan sementara kepada kata laluan pilihan anda.
  11. Selesai. Kini anda boleh membuat 38 perkhidmatan JPJ secara online!

Rujuk panduan bergambar di bawah:

daftar mysikap online
daftar mysikap

*Sumber infografik: Unit Media Komunikasi Korporat JPJ Negeri Kedah

Setelah siap mendaftar dan mendapatkan ID Awam anda, bolehlah anda menggunakan ID tersebut untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ!

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

SEMAKAN LESEN MEMANDU DIGITAL eLMM DAN CUKAI JALAN eLKM ONLINE (ROADTAX)

Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

Maklumat Lanjut

Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Hotline JPJ : 03 8000 8000

https://www.jpj.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: