BISTARI 2023: Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100 – Untuk Bayi

BISTARI 2023: Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100 ~ Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) telah mewujudkan satu inisiatif untuk bantuan pendidikan rakyat Sabah, iaitu Tabung Simpanan Anak Sabah RM100.

Inisiatif bantuan yang memperuntukkan anggaran RM5 juta ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021 lalu.

BISTARI 2023: Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100

Menurut beliau, inisiatif bantuan ini adalah sebagai komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan dan menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan sejak awal kelahiran.

Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui maklumat bantuan ini dengan lebih lanjut.

Kadar Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah

Kadar Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah atau singkatannya BISTARI 2023 ini adalah berbentuk tabung simpanan sebanyak RM100 yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bagi bayi yang berkelayakan.

BACA JUGA: Cara Buka Akaun SSPN Online, Semak Penyata & Bayaran

Tempoh Permohonan

Permohonan untuk Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100 ini telah dibuka bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun sebelum tarikh tutup. 

Kriteria Permohonan

Berikut adalah kriteria permohonan untuk inisiatif bantuan ini:

  • Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  • Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Cara Permohonan

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan, terdapat 2 cara yang boleh dilaksanakan seperti yang berikut:

A. Atas Talian (ONLINE)

  1. Layari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI .
  2. Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

B. Manual (Borang Permohonan)

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut: Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk membuat bantuan permohonan ini;

  • Sijil lahir bayi
  • Kad pengenalan ibu bapa

BACA JUGA: Dana Didik Johor 2023 – Percuma Caruman RM100 Setiap Bayi

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai BISTARI 2023, anda boleh melayari:

Facebook rasmi  Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, atau hubungi talian berikut: 088-369872. 

Anda juga boleh hubungi Pegawai PTPTN mengikut cawangan. Semak nombor telefon/eml untuk dihubungi mengikut cawangan PTPTN melalui pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: