Dana Didik Johor 2023: Percuma Caruman RM100 Setiap Bayi

DANA DIDIK JOHOR 2023

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Johor menyediakan sumbangan percuma caruman RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i diteruskan lagi mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2023 melalui Dana Didik Johor.

Tahukah anda apakah itu Dana Didik Johor dan bagaimana cara mendapatkan bantuan / sumbangan ini?

Jom baca selanjutnya.

Apakah Dana Didik Johor?

Dana Didik Johor merupakan Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor yang diberikan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

Melalui dana ini, caruman RM100 akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i dibuka mulai 1 Januari 2023.

Syarat Kelayakan Dana Didik Johor 2023

Syarat Kelayakan untuk memohon dana RM100 ini adalah seperti berikut:

  • Bayi yang lahir di Negeri Johor  mulai 01hb Januari 2023;
  • Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
  • Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang tahun 2022 bermula 1 Januari 2023.

Cara Permohonan

Sila isikan BORANG PERMOHONAN secara atas talian dengan mengimbas kod QR dalam poster di bawah atau terus melalui pautan berikut: https://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui :

a) Emel ke [email protected] ( borang yang telah lengkap diisi bersama
dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar
melalui emel )

b) Atau ; serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor, Jabatan
Pendaftaran Negara Negeri Johor, dan Wad-wad Bersalin di Hospital Utama Johor

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Online, Semak Penyata & Bayaran

Maklumat Lanjut

Tentang Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Objektif YPJ:

  1. Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri.
  2. Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.
  3. Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi di serata dunia.

Baca juga: Cara Beli Channel Njoi, Harga Pek & Senarai Saluran Yang Ditawarkan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: