in

HPIPT 2022: Permohonan Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT

hpipt 2022
ADVERTISEMENT

Khas buat anak-anak Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi, hadiah sebanyak RM1,000 ditawarkan melalui HPIPT 2022.

Setiap tahun, Kerajaan Negeri menawarkan insentif yang dinamakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) ini bagi meringankan beban persediaan belajar.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang HPIPT Selangor 2022.

ADVERTISEMENT

Apakah Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi?

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon yang layak untuk memohon  merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Permohonan

Sila baca syarat-syarat kelayakan di dalam laman web dengan teliti sebelum membuat permohonan.

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor; atau                            
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan 
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

NOTA:

*Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

Baca juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Kejap Je Siap!

Cara Permohonan HPIPT 2022

  1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
  2. Pemohon diminta untuk sentiasa melayari laman web HPIPT bagi mendapatkan sebarang informasi berkaitan HPIPT.
  3. Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat – syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan.
  4. Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) menerusi laman web tersebut sebagai rujukan.
  5. Pemohon diminta untuk melngkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
  6. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

NOTA: Dokumen sokongan perlu dihantar melalui Pos Sahaja.

DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

  1. Sijil Kelahiran
    •  Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
  2. Kad Pengenalan
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon;
    • Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia;
    • Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan; dan
    • Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan;                                                      
  3. Surat Pengesahan Pemastautin                                                   
    • Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);
  4. Surat Tawaran
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;                                                     
    • Sijil Berhenti Sekolah
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5);         
  5. Penyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan                                                             
    • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
    • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /   Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /   Pengerusi KRT; atau
    • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)           
  6. Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)                                                                                                            

Baca juga: Cara Print Gambar Passport DIY Di Rumah. Kos Tak Sampai RM2, Jimat!

Semakan Status & Proses Bayaran

  1. Hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT dan didapati LENGKAP sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
  2. Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
  3. Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
  4. Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran satu (1) bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia.
  5. Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan HPIPT; http://hpipt/selangor.gov.my.         

Tarikh Permohonan HPIPT 2022

Permohonan dibuka bermula 1 hingga 31 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my

Sila layari laman web HPIPT Selangor https://hpipt.selangor.gov.my untuk membuat permohonan atas talian.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

isu beg berta kpm

7 Pendekatan KPM Menyelesaikan Isu Beg Berat – Menteri Pendidikan

permohonan matrikulasi

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2022 / 2023