Ujian Memandu Percuma Untuk Kelas B2,Teksi, Bas, eHailing

Salah satu inisiatif bagi membantu rakyat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 ialah, ujian memandu percuma bagi lesen motosikal Kelas B2, Teksi, Bas dan eHailing. Pembentangan Bajet 2023 ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023, Jumaat di Dewan Rakyat. 

Ujian Memandu Percuma

Ujian Memandu Percuma

Inisiatif pihak kerajaan menyediakan ujian memandu percuma seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 mendapat sambutan yang baik oleh banyak pihak terutamanya bagi golongan yang kurang mampu. Hal ini kerana, kos mengambil lesen memandu pada masa kini boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah individu.

Salah satu tujuan utama program ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.

Ujian Memandu Percuma

Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ini juga adalah salah satu inisiatif untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig.

Selain bakal memanfaatkan golongan belia, Anthony Loke berkata pihaknya juga akan membincangkan dengan lebih lanjut kemungkinan untuk meluaskan inisiatif ujian memandu percuma ini kepada golongan sasar yang lain.

Baca Juga: MyJPJ | Cara Daftar Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM)

Kategori Bantuan Ujian Memandu Percuma

Ujian Memandu Percuma

Bantuan ini adalah khusus untuk individu yang ingin mengambil lesen-lesen berikut:

  • Motorsikal Kelas b3
  • Teksi
  • Bas
  • eHailing

Harga Lesen Memandu

Harga untuk mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut institusi pusat belajar memandu mengikut pakej yang ditawarkan. Harga yang dikenakan juga mungkin berubah dari masa ke semasa. Anda boleh menghubungi pusat belajar memandu berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan harga terkini ujian belajar memandu.

Berikut merupakan julat harga mendapatkan lesen memandu di Malaysia:

  • Motosikal B2: RM380 – RM450
  • Teksi/eHailing: RM245 – RM250
  • Bas: RM 1170 – RM1417

Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Cara permohonan dan syarat kelayakan bagi permohonan ujian lesen memandu ini akan diumumkan dalam oleh Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat. Segala maklumat akan dikemaskini kelak. 

Baca Juga: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting

Maklumat Lanjut

Anda boleh rujuk maklumat lanjut di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: