in

Cara Print Gambar Passport DIY Di Rumah Tanpa Download Apps, Senang Je!

cara print gambar passport diy
ADVERTISEMENT

CARA PRINT GAMBAR PASSPORT DIY

Nak naik sekolah ni, mungkin ada ibu ayah yang kena sediakan gambar pasport anak-anak untuk kegunaan esok.

Selalu gambar pasport merata-rata. Tapi bila nak guna, seketol pon tak ada. Hehe.

Jangan risau, apa kata kita cuba print gambar pasport sendiri guna cara yang simple sangat ni.

Yang penting, cuma kena standby 3 benda ni:

  • Phone
  • Printer
  • Glossy paper (saya beli dah lama, harga dulu RM24 ada 20pcs – sekarang ni rasanya dah murah sikit) Satu page A4 boleh dapat dalam 30 keping gambar pasport… So memang jimat!

Baca juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Kejap Je Siap!

Cara Print Gambar Passport DIY Sendiri Dengan Mudah, Cepat & Jimat

Cara ambil gambar passport sendiri, edit dan print terus kat rumah:

  1. Ambil gambar sendiri.
  2. Pergi ke laman web https://www.remove.bg/t/change-background
  3. Upload gambar untuk remove background, pilih background biru. (Rujuk gambar di bawah)
  4. Lepas tu bolehlah save – boleh cuci kedai gambar atau
  5. Copy gambar dalam PowerPoint / Word – setkan gambar saiz 3.5cm x 4.5 cm.
  6. Copy banyak-banyak susun ikut muat satu A4 tu. (Kalau nak print banyak susunlah rapat sikit. Tapi kalau nak jimat ink, print berapa yang kita perlu je.)
  7. Print macam biasa guna glossy paper.
  8. Siap gambar passport!

Rujuk cara bergambar di bawah:

Mula-mula ambil gambar kita, guna camera phone je boleh.

Kalau nak senang guna background kosong contohnya dekat dinding.

Lepas tu remove background tu tukar jadi biru pakai website ni. Tak payah download apps apa-apa.

Just upload gambar kita yang dah ambil tadi.

Lepas tu bubuh background biru tu, klik dekat Background Color.

Macam-macam jenis background ada dalam ni, boleh pilih warna biru standard untuk passport tu.

Lepas tu copy masuk Powerpoint macam ni. Crop dulu mana-mana bahagian yang taknak.

Lepas tu setkan saiz. dekat bahagian atas kanak tu. Tulis height 4.5cm, width 3.5cm.

cara print gambar passport

Lepas tu copy jelah banyak-banyak.

Nak senang copy, tekan butang Ctrl sambil drag mouse tu. Nanti dia copy terus.

Baca juga: Pendaftaran Tabika Perpaduan Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

Dah siap bolehlah print.

Ini hasilnya…

cara print gambar passport

Ni ada bahagian yang dah kena kerat. Sebab tadi lepas siap lupa nak ambil gambar.

So simple kan?

Selamat mencuba!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Clearance Sale Sehingga 80% Untuk Barangan Berjenama Ini Di Lazada!

Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun. 5 Minit Siap!