in

Pendaftaran Tabika Perpaduan Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

pendaftaran tabika perpaduan online 2022
ADVERTISEMENT

Makluman untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia 3-5 tahun, anda boleh membuat pendaftaran Tabika Perpaduan Online bagi sesi 2022 bermula 1 Mac 2021.

Tahukah anda apa itu Tadika Perpaduan dan lokasinya?

Dalam artikel ini akan dikongsikan serba sedikit maklumat tentang Tabika Perpaduan dan cara pendaftaran yang boleh anda lakukan sama ada secara online atau manual.

Apakah Tabika Perpaduan?

Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Foto Kredit: https://bit.ly/3u4Y1xI

Kurikulum

Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.

Terdapat 6 komponen kurikulum prasekolah iaitu :

  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Kognitif
  • Kerohanian dan Moral
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Fizikal
  • Kreativiti dan Estitika

Cara Permohonan / Pendaftaran

Permohonan boleh dibuat secara on-line dan manual seperti berikut:

PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN ONLINE (SESI 2022)

ADVERTISEMENT
  1. Boleh layari laman web jabatan di laman web https://emaklumat.perpaduan.gov.my/
  2. Klik menu Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan 
  3. Isikan maklumat pendaftaran pengguna portal
  4. Log masuk menggunakan ID pengguna
  5. Daftar maklumat dan pilih lokasi Tabika Perpaduan
  6. Untuk melihat senarai tabika, sila klik Senarai Tabika Perpaduan Seluruh Negeri 
  7. Setelah selesai mendaftar, tunggu kelulusan daripada pihak Tabika Perpaduan.
  8. Semakan boleh dibuat melalui menu Semakan Permohonan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan.

PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SECARA MANUAL (SESI 2022)

Sekiranya secara manual, boleh hubungi talian 03-8883 7151 / 7180 dan minta disambungkan ke Bahagian Tabika Perpaduan.

Maklumat berkenaan akan diambil maklum oleh pegawai yang bertanggungjawab dan proses seterusnya akan diserahkan kepada PPD / PPB.

Tarikh Pendaftaran Tabika Perpaduan 2022 & Semakan Status Permohonan

Tarikh permohonan dan semakan status adalah seperti berikut:

  • Permohonan pendaftaran (1 Mac – 15 Ogos)
  • Semakan permohonan (15 September – 30 September)

Sila ambil maklum, ibu bapa juga boleh membuat pendaftaran tabika melalui Tabika Kemas Online atau ePrasekolah KPM dengan merujuk artikel di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal Jabatan Perpaduan Negara di https://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/tabika-perpaduan

Sila hubungi nombor berikut untuk bertanyakan soalan:

  • Tabika Perpaduan : 03-8883 7151 / 7180
  • KRT / SRS : 03-8888 8586 / 03-8883 7155 ( Unit KRT )
  • Teknikal : 03-8883 7029 / 7023 ( Unit Aplikasi )

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(Jabatan Perdana Menteri)
Aras 9, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel : 03-8883 7000 || Emel : [email protected] ||  www.perpaduan.gov.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ini 11 Jenama Smart TV Saiz Sehingga 48″ Dengan Harga Kurang RM1000

isinar kwsp akaun 1

KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar, Ramai Ingin Tukar Amaun Pengeluaran