Kurikulum Persekolahan 2027: Matlamat & Tujuh Teras Utama
Kurikulum Persekolahan 2027: Matlamat & Tujuh Teras Utama
Kurikulum sekolah adalah merupakan nadi utama yang membantu mencorakkan generasi akan datang melalui sistem pendidikan.
Oleh itu, perubahan dalam kurikulum persekolahan ke arah lebih baik dan menekankan nilai-nilai kemanusiaan yang bukan sahaja kaya budaya ilmunya, tetapi juga tinggi sahsiah dan adab adalah amat penting untuk membentuk generasi MADANI.
Sehubungan dengan itu, Kurikulum Persekolahan 2027 diperkenalkan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: STR Fasa 1 2024 – Permohonan, Kadar & Tarikh Bayaran
Kurikulum Persekolahan 2027
Kurikulum Persekolahan 2027 adalah sebuah kurikulum yang menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan juga kurikulum berorientasikan kompetensi.
Ini adalah bagi menggalakkan pembelajaran aktif murid dan menyediakan pengalaman pembelajaran serta penilaian yang lebih autentik serta bermakna.
Kurikulum ini direka bentuk dengan bermatlamatkan melahirkan ‘Insan Sejahtera’ yang mengamalkan kehidupan seimbang dalam segala aspek, sentiasa membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan menghargai perpaduan dan keharmonian kaum serta menghormati kepelbagaian.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kurikulum persekolahan 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah, ia akan diperkenalkan pada 2026.
Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027
Berikut ialah matlamat Kurikulum Persekolahan 2027:
- Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
- Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
- Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbaga a n.
- Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
- Berdaya saing pada peringkat global.
Tahap Persekolahan & Fokus Kurikulum 2027
- Prasekolah – Kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.
- Tahan 1 (Tahun 1 & 2) – Penguasaan literasi dan numerasi serta pembentukan karakter.
- Tahap 2 (Tahun 3 & 4) – Aplikasi kemahiran, pengetahuan dan nilai serta pembentukan karakter.
- Tahap 3 (Tahun 5 & 6) – Kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi serta pembentukan karakter.
- Menengah Rendah (Tingkatan 1-3) – Meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorong mengenali minat dan potensi diri termasuk perkembangan bakat serta pembentukan karakter.
- Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) – Mengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan serta pembentukan karakter.
Setiap tahap ditekankan pembentukan karakter, di mana ia akan dilaksanakan sebagai satu slot masa khusus dan berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi secara amali, bermula daripada prasekolah sehingga ke peringkat menengah atas.
Tujuh Teras Utama
KPM juga memperkenalkan tujuh domain atau teras utama dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027.
Ini adalah bagi melahirkan insan sejahtera dan mengamalkan kehidupan seimbang dalam segala aspek kehidupan.
Tujuh teras utama atau domain kurikulum ini ialah;
- Perkembangan diri
- Komunikasi
- Tanggungjawab
- Fasih digital
- Literasi pelbagai
- Kemahiran berfikir
- Pembelajaran sepanjang hayat
Kesemua teras ini mengambil kira semua elemen merentas kurikulum dan enam tunjang dalam kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
BACA JUGA: ID Digital Malaysia – Pengenalan Program ID Digital Nasional (IDN) Bermula 2024
Pendekatan Baharu Dalam Kurikulum Persekolahan 2027
1. Pendidikan Karakter
- Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera.
- Berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi agar murid bersedia dan berfikiran positif dalam pembelajaran.
- Bermula dari Prasekolah sehingga ke peringkat Menengah Atas.
- Slot masa yang khusus dalam jadual waktu.
2. Penekanan kepada Literasi dan Numerasi
- Memastikan murid seawal persekolahan menguasai kemahiran asasmembaca, menulis dan mengira (3M).
- Intervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
- Meningkatkan kesediaan mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.
3. Kelas Pembelajaran bersepadu
- Bermula di sekolah rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu.
- Pendekatan PdP yang menggabungkan kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin ilmu ke arah pengalaman pembelajaran bermakna.
- Pembelajaran murid menjadi lebih holistik,relevan dan berhubung kait dengan dunia sebenar.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Kurikulum Persekolahan 2027, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di pautan berikut:
https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/kurikulum-persekolahan-2027
Atau muat turun PDF di bawah: