Tiada Lagi Gelang, Ini Langkah Perlu Buat Jika Positif RTK Covid-19 – KKM
Anda Positif RTK Saliva Covid-19?
Anda Kontak Rapat?
Anda perlu Surat HSO @ Surat Arahan Kuarantin?
TIDAK PERLU HADIR ke BILIK GERAKAN, hanya perlu update status di MySejahtera.
Bermula 10 Februari 2022, KKM telah mengumumkan bahawa tiada lagi gelang pink & Home Surveillance Order (HSO) @ Surat kuarantin akan dijana melalui aplikasi MySejahtera.
KKM juga telah memaklumkan perubahan terkini pengurusan kes di dalam Komuniti oleh CAC dan CAC Maya pada 24 Februari 2022 :
PERUBAHAN TERKINI PENGURUSAN KES DI DALAM KOMUNITI OLEH CAC DAN CAC MAYA – KKM
(Dikemaskini 24 Februari 2022)
- Individu positif COVID-19 TIDAK BERGEJALA (Kategori 1) dan bergejala ringan (Kategori 2A) TIDAK PERLU HADIR KE CAC. (*Rujuk kategori 2A di bawah)
- Pesakit dalam kategori ini perlu melaporkan status kesihatan masing-masing 2 kali sehari (12 tengah hari dan 6 petang melalui Health Assessment Tool (HAT) MySejahetra.
- Sekiranya pesakit tidak melakukan HAT, SMS atau panggilan akan dihantar sebagai peringatan.
- Hanya individu POSITIF bergejala sederhana (Kategori 2B) dan ke atas dikehendaki hadir ke CAC untuk penilaian dan pemeriksaan lanjut sama ada perlu dirujuk ke hospital.
- Jika keadaan merosot atau dalam kecemasan, sila hadir ke fasiliti kesihatan berhampiran atau hubungi 999.
- Anda boleh menghubungi talian bantuan CAC Maya (Virtual CAC Helpline) di 03-772 39 299 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
- Sila rujuk senarai terkini CAC di pautan https://covid-19.moh.gov.my/hotline
Di sini kami kongsikan cara dan prosedur terkini yang dimaklumkan oleh KKM untuk info bersama.
Cara Lapor Keputusan Positif Ujian Kendiri RTK Covid-19 Melalui MySejahtera (TERKINI)
RTK Saliva Test POSITIF, apa tindakan yang perlu anda ambil?
- Kenal pasti gejala anda. Sekiranya hanya bergejala ringan Kategori 2A atau tiada gejala, berumur kurang 60 tahun, tidak mempunyai penyakit kronik spt kencing manis (rujuk gambar kedua Kategori 2A), anda TIDAK PERLU lagi hadir ke CAC. Anda hanya perlu asingkan diri di rumah.
- Laporkan keputusan ujian anda di mySejahtera (rujuk langkah menerusi GAMBAR yang dikongsikan).
- Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik. Patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
- Laporkan status kesihatan anda secara harian di aplikasi mySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.
- Anda hanya perlu ke CAC sekiranya gejala anda semakin teruk (rujuk gambar kedua Kategori 2B).
- Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi mySejahtera masing.
Rujuk: Maksud Kontak Rapat, Tempoh Kuarantin Terkini & Cara Isytihar Di MySejahtera
Sila rujuk gambar di bawah untuk langkah yang lebih terperinci:
CARA KEMASKINI KEPUTUSAN POSITIF UJIAN RTK COVID-19 DI MYSEJAHTERA
LANGKAH 1
Paparan pertama selepas anda klik aplikasi MySejahtera anda akan keluar paparan ini.
Tekan ‘Tutup’.
LANGKAH 2
Akan naik halaman ini, kemudian tekan ‘Ujian Kendiri COVID-19’.
LANGKAH 3
Tekan ‘Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri’.
LANGKAH 4
Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda.
Jika utk laporkan utk diri sendiri, Pilih A.
Jika utk laporkan untuk tanggungan anda, Pilih B.
LANGKAH 5
Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat.
– No Telefon
– Nama Penuh ikut IC
– No IC tanpa (-)
– Alamat email
LANGKAH 6
Isi alamat tempat tinggal anda / tempat kuarantin anda.
LANGKAH 7
Pilih sumber cara anda dapatkan kit ujian saliva/swab.
LANGKAH 8
Pilih jenis sampel yang anda jalankan.
LANGKAH 9
Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan, dan seterusnya klik ‘I’m not a robot’.
Kemudian klik ‘Hantar’.
TERKINI: ANDA PERLU MUAT NAIK GAMBAR KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN
LANGKAH 10
Kita tunggu MySejahtera update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera anda.
Selesai.
Ini status di MySejahtera bagi yang positif COVID-19.
Cara Dapatkan Surat Kuarantin Kendiri (HSO)
Bagi anda yang telah melaporkan status positif atau kontak rapat dalam MySejahtera, anda akan dapat Perintah Kuarantin (HSO) secara digital dan tidak akan di pakaikan gelang lagi dah.
Sila ke halaman utama MySejahtera dan klik bahagian Profile.
Anda cuma perlu kuarantin di rumah sahaja dan menjawab soalan HAT setiap hari sehingga tamat kuarantin.
Surat Pelepasan Kuarantin (RO) juga akan dapat secara digital setelah anda cukup hari menjalani kuarantin.
Tempoh Kuarantin Bagi Kes Positif COVID-19 (Terkini)
Bermula 17 Februaru 2022, tempoh kuarantin terkini (pengasingan) bagi individu yang disahkan kes positif COVID-19 adalah seperti berikut:
- 7 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala
- 10 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi ATAU bergejala
Manakala bagi kontak rapat pula, anda tidak perlu menjalani isolasi sekiranya tidak bergejala, lengkap vaksinasi dan telah menerima dos penggalak.
Bila Perlu Pergi Ke CAC?
Walaupun positif COVID-19, anda TIDAK PERLU KE CAC dan hanya perlu asingkan diri di rumah sekiranya
- Hanya bergejala ringan Kategori 2A atau tiada gejala,
- Berumur kurang 60 tahun,
- Tidak mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis (rujuk gambar kedua Kategori 2A)
NOTA: KES YANG PERLU KE CAC adalah sekiranya gejala anda SEMAKIN TERUK (rujuk gambar kedua Kategori 2B).
Antara sebab kemasukan pesakit covid-19 Kategori 1 dan 2 ke hospital adalah seperti berikut:
- Medical emergency (contohnya penyakit diabetes, hipertensi yang tidak terkawal)
- Kes Obstetrik yang perlukan pemantauan rapi
- Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal semasa mendapat pemeriksaan di CAC
- Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik
- Kemasukan melalui wad kecemasan
- Keadaan rumah yang kurang sesuai
- Pesakit Immunocompromised (HIv, sedang menerima rawatan kemoterapi)
- Kes dalam kalangan kanak-kanak:
- Kekurangan air dalam badan
- Demam berpanjangan dan kelesuan
- Punyai penyakit kronik
- Tiada penjaga
Panduan Melakukan Home Assessment Tool (HAT) Bagi Kes Positif & Kontak Rapat
Pesakit yang telah disahkan positif Covid – 19 dan disahkan sebagai kontak rapat perlu menjawab Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera setiap hari.
Jika anda menjalani kuarantin di rumah bersama ahli keluarga yang lain, sila amalkan langkah keselamatan berikut:
- Duduk di bilik berasingan, seeloknya bilik yang bersekali dengan bilik air.
- Jika terpaksa berkongsi bilik akr, pastikan bilik air dibersihkan dan disinfeksi setiap kali selepas guna
- Pantau diri sendiri setiap hari. Hubungi 999 jika gejala bertambah teruk ; sesak nafas, demam tinggi
- Pakai pelitup muka dan jarakkan diri 1-2 meter dengan ahli keluarga yang lai
- Kerap cuci tangan dengan sabun / sanitizer
Maklumat Lanjut
Talian Hotline KKM & Agensi Berkaitan COVID-19 di Malaysia
KEGAGALAN UNTUK BERADA DI ALAMAT KUARANTIN KETIKA PEMANTAUAN PASUKAN PENGUATKUASA ADALAH MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.
MEMALSUKAN DOKUMEN SAMADA BERCETAK ATAU SECARA DIGITAL JUGA MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.