Cara Dapatkan Digital HSO Di MySejahtera (Surat Kuarantin Majikan)
TIADA LAGI SURAT KUARANTIN FIZIKAL, INI CARA JANA HSO DIGITAL DI MYSEJAHTERA
Pasti ramai tertanya apa pesakit nak buat untuk dapatkan surat pengesahan sekiranya positif atau menjadi kontak rapat. Sebabnya majikan perlukan salinan digital HSO ni untuk cuti tanpa rekod.
Menurut arahan terbaru (SOP MKN), semua majikan perlu menerimapakai Digital HSO.
Ini bermaksud, tiada lagi surat fizikal dan tidak perlu lagi surat Annex14 yang perlu diambil di Fasiliti Kesihatan.
Jadi bagaimana cara nak dapatkan HSO ni di MySejahtera?
Caranya mudah sahaja, semuanya menggunakan phone anda.
Boleh tengok langkah di bawah step by step cara untuk isytihar kendiri status diri *(sama ada close contact atau Positif)*
Rujuk : Tiada Lagi Gelang, Ini Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK Covid-19
RTK Saliva Test POSITIF, Apa tindakan yang perlu anda ambil?
- Kenal pasti gejala anda. Sekiranya hanya bergejala ringan Kategori 2A atau tiada gejala, berumur kurang 60 tahun, tidak mempunyai penyakit kronik spt kencing manis (rujuk gambar kedua Kategori 2A), anda TIDAK PERLU lagi hadir ke CAC. Anda hanya perlu asingkan diri di rumah.
- Laporkan keputusan ujian anda di mySejahtera (rujuk langkah menerusi GAMBAR yang dikongsikan).
- Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik. Patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
- Laporkan status kesihatan anda secara harian di aplikasi mySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.
- Anda hanya perlu ke CAC sekiranya gejala anda semakin teruk (rujuk gambar kedua Kategori 2B).
- Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi mySejahtera masing.
Rujuk: Maksud Kontak Rapat, Tempoh Kuarantin Terkini & Cara Isytihar Di MySejahtera
TANGGUNGAN POSITIF COVID-19, INI CARA LAPOR KEPUTUSAN UNTUK ANAK DI MYSEJAHTERA
Jika anak anda positif Covid-19, anda boleh mengemaskini keputusan ujian kendiri tanggungan anda di MySejahtera.
Namun pastikan anda telah menambah tanggungan anda sebagai ‘Vaccine Dependent’.
Ikuti langkah di bawah:
- Klik ikon ‘Covid-19 Vaccination’
- Klik ‘Add Vaccine Dependent’
- Tambah tanggungan anda sebagai ‘Vaccine Dependent’
- Kembali ke laman utama MySJ. Klik ‘Covid-19 Self Report’
- Pilih Update ‘Covid-19 Result’
- Klik nama tanggungan yang anda mahu kemaskini keputusan ujian.
Selepas dah isytihar kendiri status positif Covid-19 atau kontak rapat, anda bolehlah dapatkan Digital HSO.
Cara Dapatkan Surat Kuarantin Kendiri ( Digital HSO )
Bagi anda yang telah melaporkan status positif atau kontak rapat dalam MySejahtera, anda akan dapat Perintah Kuarantin (HSO) secara online dan tidak akan dipakaikan gelang lagi dah.
Caranya:
- Sila ke halaman utama MySejahtera
- Klik bahagian Profile
- Sila screenshot untuk diberikan kepada majikan
Anda cuma perlu kuarantin di rumah sahaja dan menjawab soalan HAT setiap hari sehingga tamat kuarantin.
Surat Pelepasan Kuarantin (RO) juga akan dapat secara digital setelah anda cukup hari menjalani kuarantin.
Semoga membantu semua!