Tempoh Kuarantin Terkini Bagi Kontak Rapat & Kes Positif Covid
Adakah seseorang yang anda jumpa baru-baru ini disahkan positif COVID19? Jika ya, adakah anda dikira sebagai kontak rapat?
Mungkin ramai yang masih keliru dengan maksud kontak rapat dan apa tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya.
Jika anda mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakang samada bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang 1 meter ATAU bersentuhan dengannya, anda adalah kontak rapat.
Berikut kami kongsikan maklumat terkini oleh KKM untuk tindakan bersama.
Maksud Kontak Rapat
Bagaimana seseorang itu menjadi kontak rapat?
- Mereka yang tinggal serumah atau tinggal bersama di satu tempat yang sama dengan kes positif
- Sembang dekat (bersemuka) lebih dari 15 minit dengan jarak kurang dari 1 meter bersama kes positif
- Berada bersama kes positif didalam bilik berhawa dingin melebihi 2 jam bersama.
- Bermusafir / berkenderaan bersama kes positif melebihi 15 minit.
Selain itu, kontak rapat juga termasuk individu berikut:
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap.
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain.
- Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 sepanjang perjalanan.
Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Menjadi Kontak Rapat?
Sekiranya anda termasuk dalam salah satu daripada yang dinyatakan di atas, ia perlu dilaporkan di dalam sistem MySejahtera anda (kes positif) untuk membolehkan arahan kuarantin digital dikeluarkan (HSO).
Kearah pendigitalan Arahan Kuarantin kepada kesemua kes positif dan kontak rapat kes positif, bermula 8 Februari 2022, berikut adalah langkah yang perlu diambil sekiranya anda menjadi kontak rapat.
- Lakukan ujian air liur kendiri jika anda bergejala.
- Jika positif, laporkan keputusan anda di dalam MySejahtera.
- Asingkan diri anda dan seterusnya anda akan diberikan arahan kuarantin secara digital dari MySejahtera (Boleh guna untuk tujuan formal)
- Masukkan senarai nama kontak rapat anda di dalam aplikasi MySejahtera anda utk membolehkan arahan kuarantin diberikan kepada kontak rapat anda dlm MySejahtera mereka.
- Teruskan kuarantin jika anda tidak bergejala atau bergejala ringan (Tidak Perlu Hadir ke CAC) sehingga tamat arahan kuarantin.
- Jika keadaan kesihatan semakin merosok atau gejala anda semakin teruk, hubungi CAC atau terus ke kecemasan Hospital/KK berdekatan anda.
Mereka yang mempunyai gejala KATEGORI 2B, perlu hadir untuk mendapatkan rawatan.
*Rujuk jadual pada gambar dibawah.
Baca juga: Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC), Majlis Peperiksaan Malaysia
Cara Isytihar (Declare) Kendiri Di MySejahtera
Sila isytihar diri anda di dalam aplikasi MySejahtera melalui langkah berikut:
- Buka aplikasi MySejahtera > Klik Status COVID-19 di laman utama
- Tekan Mula untuk mula menjawab soalan.
- Jawab Ya jika anda kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas.
- Isikan maklumat kes positif COVID-19 tersebut.
Anda akan menerima arahan pengasingan (Home Surveillance Order) / kuarantin di rumah melalui MySejahtera seperti di bawah:
Bagi SEMUA individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif (termasuk yang belum divaksinasi):
Sekiranya tidak mengalami sebarang gejala, tidak perlu hadir ke CAC, tidak perlu lakukan ujian
pengesanan COVID-19 (kecuali bergejala), dan tidak akan dipakaikan gelang lagi dah.
Anda cuma perlu kuarantin di rumah sahaja dan menjawab soalan HAT setiap hari sehingga tamat kuarantin. Surat Pelepasan Kuarantin (RO) juga akan dapat secara digital setalah anda cukup hari menjalani kuarantin.
Kontak rapat akan diberikan HSO digital melalui MySejahtera dan hanya perlu menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.
SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan dihantar sekiranya anda tidak menjalankan pemantauan kendiri melalui MySejahtera.
Tempoh Kuarantin Kontak Rapat (BERKUATKUASA 1 MAC 2022)
Dalam Sidang Media Menteri Kesihatan bertarikh 24 Februari 2022, telah diumumkan prosedur terkini kuarantin bagi kontak rapat.
Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat tak perlu lagi menjalani kuarantin bermula 1hb Mac 2022 jika;
- Telah diberi dos penggalak
- Tiada gejala
- Berusia 18 tahun & ke atas
Mereka perlu menjalani ujian RTK Ag kendiri pada hari 1 & 3 serta laporkan ujian di MySejahtera.
Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19, tempoh kuarantin adalah seperti berikut:
1. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE ATAS
A) BERGEJALA
- 5 hari bagi individu yang telah terima dos penggalak;
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
B) TIDAK BERGEJALA
- TIDAK PERLU KUARANTIN bagi individu yang telah terima dos penggalak;
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
2. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE BAWAH
A) BERGEJALA
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
B) TIDAK BERGEJALA
- 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
- 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
Baca juga: Jangan Pandang Remeh, Ini Komplikasi MIS-C Pada Kanak-kanak – KKM
KEGAGALAN UNTUK BERADA DI ALAMAT KUARANTIN KETIKA PEMANTAUAN PASUKAN PENGUATKUASA ADALAH MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.
MEMALSUKAN DOKUMEN SAMADA BERCETAK ATAU SECARA DIGITAL JUGA MERUPAKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.