P-hailing Rahmah: Pelan Pascabayar Serendah RM33/bulan
P-hailing RAHMAH: Pelan Pascabayar Serendah RM33/bulan
Sukacita dimaklumkan, pihak kerajaan baru-baru ini mengumumkan sayu inisiatif baru untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing di Malaysia.
Inisiatif tersebut dikenali sebagai P-Hailing RAHMAH, iaitu sebuah pakej pelan Pascabayar khas yang ditawarkan khusus untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing di Malaysia.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: SARA 2024 – Sumbangan Asas Rahmah (RM1200/tahun)
P-hailing RAHMAH
Pakej P-Hailing RAHMAH adalah tawaran pelan sim khusus untuk semua pemandu dan penunggang P-Hailing warganegara Malaysia.
Pakej ini adalah hasil kerjasama strategik di antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes 5G) dan 16 penyedia platform P-Hailing di Malaysia yang berkenaan, bertujuan bagi menghargai jasa para pemandu dan penunggang P-Hailing.
Kelebihan
Melalui pakej ini, pengguna boleh menikmati faedah dan kemudahan berikut:
- Pemandu dan penunggang P-Hailing boleh menikmati perkhidmatan internet dengan harga serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB.
- Setiap Pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform P-Hailing masing-masing (B2B arrangement).
- Pakej P-Hailing RAHMAH ini tidak mempunyai kontrak terikat dan pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan penalti minimum untuk pelan simkad sahaja.
- Pelanggan boleh menggunakan nombor yang sama.
Syarat Kelayakan
Pelan Pakej P-Hailing RAHMAH ini terbuka kepada semua pemandu & penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia di bawah syarikat P-Hailing yang terlibat di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas.
Tempoh Pendaftaran Bagi Pakej P-Hailing RAHMAH
Tempoh pendaftaran Pakej bermula dari 23 Januari 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Senarai Syarikat P-Hailing Yang Terlibat
- FoodPanda;
- Grab;
- Bungkusit;
- Halo Delivery;
- iHantar;
- Lalamove;
- MatDespatch;
- Parcel365;
- RideRunner;
- Shopee;
- Fasz Food;
- Lazada Logistics;
- Belibeli;
- iGoGet;
- GoGet;
- GoLog
Cara Memohon
Cara memohon pakej P-hailing RAHMAH ini bergantung syarikat penyedia perkhidmatan telekomuniasi yang terlibat.
Anda boleh rujuk pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/faq-pakej-p-hailing-rahmah
Atau, muat turun FAQ di bawah.