Jangan Pandang Remeh, Ini Komplikasi MIS-C Pada Kanak-kanak – KKM

mis-c kkm

Komplikasi MIS-C Pada Kanak-kanak – KKM

Dalam sidang media KKM yang terkini, Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 160% bagi kes COVID-19 dari kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Ini adalah perkara yang membimbangkan dan perlu diambil berat oleh ibu bapa khususnya.

Dengan pelbagai varian yang wujud, kini wabak itu lebih mudah merebak dan tersebar tanpa kita sedari.

Selain simptom akibat Covid-19 itu sendiri, terdapat satu lagi komplikasi yang meresahkan para doktor, iaitu MIS-C.

Menurut Dr Rusyainie Ramle, komplikasi inilah yang paling ditakutinya.

“Setiap satu kanak-kanak yang saya diagnos dengan COVID-19, mula lah gelisah resah saya dibuatnya.”

Tahukah anda apa itu MIS-C?

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentangnya untuk perhatian bersama.

Kredit Video : Tiktok Dr Rafidah Abdullah

Apakah MIS-C?

Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) adalah sejenis keradangan pada organ penting kanak-kanak seperti jantung, peparu, buah pinggang dan lain-lain.

Kalau masa baru dijangkiti (COVID-19) tu satu. Gejala yang mereka alami tu buatkan mereka merengek, kurang selera makan dan tak aktif. Ketika tu pun, dah satu masalah.”

Tapi ni saya nak ceritakan komplikasi yang boleh berlaku dalam tempoh 2-4 minggu selepas COVID-19 tu yang jadikan saya lagi bimbang dan risau.”

Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) ni bukan benda main-main.

Kajian Multi-System Inflammatory Syndrome Covid-19 (MIS-C) Malaysia Study Group mendapati sebanyak 174 kes telah dikenalpasti di Malaysia dan 57% daripada keseluruhan kes adalah di dalam kalangan kanak-kanak berumur 5-11 tahun.

MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak. Walaupun ianya jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

Sejumlah besar dari kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di PICU. Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia.

Keradangan ini melibatkan organ-organ penting pada kanak-kanak seperti

  1. Jantung
  2. Peparu
  3. Buah pinggang
  4. Otak
  5. Kulit
  6. Mata
  7. Sistem penghadaman

Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.

Simptom MIS-C

Perhatikan simptom-simptom ini yang menunjukkan perlunya dirujuk kepada pakar klinikal atau dihantar ke hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera.

Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.

mis-c kkm
Simptom MIS-C (KKM)

Menurut Dr Rusyainie, MIS-C biasanya berlaku pada kanak-kanak berusia 3-12 tahun. Umur purata ialah 8 tahun.

MIS-C boleh menyebabkan keradangan organ yang teruk kepada kanak-kanak sehingga memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi. Kalau tak dirawat, ia boleh membawa maut.”

Mengulas lanjut, Dr Rusyainie turut mengingatkan ibu bapa bahawa MIS-C boleh menyebabkan anak-anak demam kembali selepas selesai kuarantin COVID-19.

Mak ayah biasanya dah menarik nafas lega bila anak mereka tu dah habis waktu kuarantin untuk COVID-19.”

Malangnya, kanak-kanak boleh menjadi demam kembali tapi ditambah dengan 1 daripada simptom-simptom seperti:

  1. Sakit pada abdomen yang teruk, cirit-birit atau muntah-muntah.
  2. Mata menjadi kemerahan
  3. Pening kepala atau keliru
  4. Bintik-bintik merah pada kulit seperti ruam
  5. Sukar bernafas atau sakit dada
  6. Nampak macam mengantuk sentiasa.
  7. Jari atau bibir menjadi kebiruan atau pucat

Kanak-kanak yang mempunyai simptom begini mesti dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

blank
blank

Covid-19 dan MIS-C

Dengan jumlah kes COVID-19 yang sangat tinggi ni, semakin ramai kanak-kanak dijangkiti, Dr Rafidah turut menyeru agar ibu ayah mendapatkan vaksin unthk anak-anak mereka.

Ini kerana 1 dalam 3200 kanak-kanak boleh mendapat MIS-C apabila dijangkiti COVID-19.

Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

Di antara Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.

Majoriti memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), manakala tujuh kes (4%) telah disahkan meninggal dunia.

57% daripada kes MIS-C terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Apa jaminan yang anak kita tu takkan menjadi mangsa COVID-19? Dan takkan mendapat komplikasi MIS-C?”

Pentingnya Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-kanak

Tambah Dr Rusyainie lagi, amat penting untuk kanak-kanak mendapatkan vaksin kerana mereka langsung tak ada perisai untuk melindungi mereka seperti mana mak ayah yang telah lengkap dos penggalak.

Mereka tetap dibawa keluar berjalan. Mengekori mak ayah dalam aktiviti sosial. Mereka ni terdedah dengan COVID-19. Kalau mereka tu ada penyakit kronik seperti asthma atau obesiti, COVID-19 belum tentu ada belas kasihan pada mereka.”

Kerana tak mempunyai antibodi untuk melawan COVID-19 yang boleh dihasilkan melalui vaksin, mereka menjadi penghuni ICU. Pasti meruntun jiwa raga mak ayah kan.”

Tolong lah lindungi anak-anak dari COVID-19 dengan vaksin kalau mereka dah cukup umur. Kasihani lah mereka.” akhirinya.

Ayuh, lindungi anak-anak daripada MIS-C dengan mendapatkan vaksin dari Pusat PPV dan Klinik Kesihatan KKM yang berdekatan.

Sumber: Facebook Dr Rusyainie Ramle (Kredit Dr Rafidah Abdullah)