Viral Konjac Jelly Cetus Bahaya Untuk Anak, Ini Respon KKM

BAHAYA KONJAC JELLY UNTUK KANAK-KANAK, IBU AYAH PERLU AMBIL PERHATIAN

Viral di Tiktok, perkongsian @founderarmelbirdnest dimana anaknya tiba-tiba sesak nafas dan oksigen anaknya drop sampai 86. Mujur anaknya dapat perhatian dan jagaan rapi dari satu klinik kesihatan yang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa adik tu.

Bila doktor tanya dia demam ke, ada makan apa-apa ke? Emaknya jawab tak demam, tapi ada makan Konjac Jelly. Doktor cakap dah banyak kes budak sesak nafas sebab makan jelly ni. 

@founderarmelbirdnest

Bahayanya Konjac Jelly. bkn nk jatuhkan siapa2. tp dh byk kes terjadi. kena beringat dan pantau ank jgn mkn benda ni. Apa2 pun, sy mengucapkan terima kasih kpd doktor2 dan nurse KK Ttitiwangsa dan HKL (HTA) yg sgt professional dan ikhlas dlm menjalankan tugas. Perbualan dgn doktor dan nurse adalah secara verbally sahaja. Bukan disclaimer apa2. Cuma, kena ambil iktibar.

♬ Sholawat Jibril Merdu – IFTAH QULUBANA

Beberapa lagi kes turut tular di Facebook, antaranya perkongsian oleh Real Sheril Amelia yang mendakwa anaknya turut mengalami muntah dan cirit-birit setelah memakan konjac jelly ini.

konjac jelly bahaya
Sumber: Facebook Real Sheril Amelia

Seorang pegawai farmasi yang dikenali sebagai @miss.pharmacist di Tiktok turut menjawab beberapa persoalan tentang bahaya Konjac Jelly ini, khususnya kepada kanak-kanak.

https://www.tiktok.com/@miss.pharmacist/video/7142037072726002971?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en&q=miss.pharmacist&t=1668477602674

Berikut adalah respon KKM berkenaan isu ini.

Konjac Jelly Bahaya Untuk Anak? Ini Respon KKM

KENYATAAN MEDIA – Isu Penjualan Konjak Jeli yang Didakwa Memberi Risiko kepada Kanak- Kanak

konjac jelly bahaya

Konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Kenyataan Media KKM

Mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.

Setakat ini, 6 sampel produk jeli telah dikesan TIDAK MEMATUHI peraturan makanan 139A dan telah dikenakan tindak penarikan balik produk (recall) oleh KKM.

Oleh itu, ibu bapa adalah dinasihatkan untuk sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

KKM menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my)

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: