Viral KJ Didakwa Tak Ambil Vaksin Booster, Ini Penjelasan KKM
Viral KJ Didakwa Tak Ambil Vaksin Booster, Ini Penjelasan KKM
Dalam minggu ini tular sebuah video yang mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin (KJ) membuat kenyataan bahawa beliau belum mengambil vaksin booster.
Video ini menjadi salah satu ‘serangan’ oleh anti vaksin di media sosial termasuk Facebook, Tiktok, dan Twitter selain turut menjadi persoalan ramai berhubung isu berkenaan.
Yang sebenarnya, video yang diviralkan itu adalah ucapan YB Khairy Jamaluddin pada 4 bulan lalu, atau lebih tepat lagi, pada 20 September 2021. Waktu ini, negara kita baru setuju laksanakan booster dose dalam negara sedangkan negara-negara luar dan juga jiran seperti Indonesia dan Singapura lebih awal melaksanakannya.
Pada 4 bulan lalu, kenyataan ini pasti berubah pada bulan ini berikutan banyak penemuan dan data baharu yang keluar, baik dalam negara dan luar. Dan kita tahu sela masa untuk booster dose sebelum ini perlu tunggu sehingga 5-6 bulan. Tetapi setelah kajian baharu keluar, penerima Sinovac boleh mengambil sela masa 3 bulan sahaja dari dos primer kelmarin.
Berikut adalah video asal dari petikan yang viral pada minit ke 20:40 serta kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung isu tersebut.
Viral KJ Didakwa Tak Ambil Vaksin Booster, Ini Penjelasan KKM
KKM mengambil maklum sebuah video sidang media YB Menteri Kesihatan berhubung dos ketiga yang tular. Video ini dipetik dari sidang media YB Menteri Kesihatan pada 20 Sept 2021 dalam rangka lawatan ke KLIA bersama Chairman MAHB DS Zambry Abd Kadir selepas meninjau perkhidmatan saringan COVID-19 di KLIA.
Pada waktu itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan. Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6%, masih belum mencapai sasaran 90% populasi dewasa. Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat.
Pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021. Pemberian dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri dari warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada rsiko jangkitan.
Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak. Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus COVID-19.
Banyak negara yang tawarkan booster kepada populasi dewasa mereka seperti UK, US, Thailand, Indonesia, dan Singapura.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Baca juga: PICKIDS: Cara Daftar Vaksin Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun Bermula 3 Februari 2022