in ,

Samsung Exynos W920, Sebuah Cip Bersaiz 5nm Untuk Peranti Boleh Pakai

ADVERTISEMENT

Samsung mengumumkan secara rasmi cip baharu iaitu Samsung Exynos W920 yang akan digunakan pada peranti boleh pakai mereka. Cip ini dijangka akan digunakan pada siri Galaxy Watch 4 yang akan dilancarkan di Galaxy Unpacked pada 11 Ogos ini.

Samsung Exynos W920 ini adalah cip pertama untuk peranti boleh pakai(wearable) yang menggunakan teknologi 5nm dan juga dintegrasikan Bersama modem LTE. Samsung Exynos W920 ini dilengkapi oleh dua teras ARM Cortex-A55 dengan GPU ARM Mali-G68.

ADVERTISEMENT

Pihak Samsung menyatakan bahawa prestasi cip terbaharu ini meningkat sehingga 20% dan prestasi grafik pula 10 kali ganda berbanding Exynos 9110 yang terdapat pada peranti boleh pakai terdahulu.

Tambahan lagi, ianya akan dilengkapi dengan cip pemproses paparan rendah iaitu Cortex-M55 yang khusus untuk ciri seperti AOD(Always-on Display) dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan bateri.

Cip terbaharu ini juga akan dilengkapi dengan GNSS(Global Navigation Satellite System) untuk penjejakan kecergasan dan kedudukan serta modem 4G LTE Cat 4 untuk capaian rangkaian LTE lebih pantas.

Pihak Samsung yakin dengan ciri-ciri yang terdapat pada cip pemprosesan ini akan menjadikan peranti boleh pakai lebih baik dari segi kelancaran aplikasi, antaramuka menarik serta lebih responsif.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita Maut, Rebah Depan Bank Didapati Positif COVID-19

Tiket Malaysia Airlines Serendah RM89 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi