Xiaomi Akan Melancarkan Secara Rasmi Mi Pad 5 Minggu Hadapan
Sebelum ini, syarikat Xiaomi mengesahkan Mi Mix 4 akan dilancarkan di acara pelancaran pada 10 Ogos ini.
Terbaharu, Xiaomi sekali lagi melakukan kejutan dengan mengesahkan pelancaran rasmi tablet terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi Pad 5 di acara yang sama.
Namun, Xiaomi belum mendedahkan kepada umum berkenaan informasi tablet tersebut tetapi telah mengeluarkan poster rasmi di laman rasmi mereka.
Jika kita lihat poster diatas, kelihatan tablet ini mempunyai sokongan pen stylus tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pen stylus ini didatangkan terbina pada peranti ataupun berasingan.
Tambahan lagi, tablet ini mungkin dijana oleh cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 870 dan Snapdragon 860 serta terdapat variasi pada tablet ini antaranya ialah standard, Lite dan Pro.
Terdapat desas-desus menyatakan tablet yang menggunakan cip Snapdragon 870 akan dilancarkan lebih awal berbanding Snapdragon 860.
Seperti yang kita ketahui pada artikel sebelum ini, paparan skrin didatangkan dengan resolusi 2k dan kadar segar skrin adalah 120Hz.
Buat pasaran tempatan, tablet ini telah mendapat pengesahan daripada SIRIM. Oleh itu, sama-sama kita tunggu pelancaran pada 10 Ogos ini berkenaan harga dan spesifikasi.