Senang Nak ‘Conteng’, Ini Review Writing Pad Bawah RM200 Di Malaysia

Ramai dah mula survey writing pad yang ada di pasaran Malaysia sekarang. Bila dah banyak buat PdPR dan work-from-home, mungkin ramai antara kita yang akan perlukan writing pad untuk memudahkan tugasan.

Yelah, kalau guna pen biasanya lagi senang nak conteng, tulis nota, lukis-lukis dan tanda kertas jawapan murid berbanding nak kawal dengan mouse kan?

Bagi yang mempertimbangkan untuk membeli writing pad tapi tak tahu berbaloi ke tak, bolehlah baca perkongsian oleh Cikgu Faizura Johan melalui artikel ini.

Yang tak pernah guna pun mungkin akan tertarik nak gunakan writing pad juga lepas ni!

Jom baca perkongsian beliau tentang beberapa jenama writing pad di Malaysia sepenuhnya di bawah ini.

Writing Pad Bajet Bawah RM200

Hari ni saya nak share tentang writing pad yang saya pernah guna.

Banyak jenama writing pad yang ada di pasaran Malaysia sekarang. Yang biasa didengar ialah 3 jenama ini:

  • Wacom
  • Huion
  • Veikk

Harga pun banyak range bergantung pada jenis penggunaan.

Macam yang saya ada ni range harga antara RM100 – RM200 sahaja.

Review Writing Pad Jenama Huion & Veikk

Dulu saya berminat dengan brand Wacom sebab banyak reviewnya bagus.

Tapi disebabkan Wacom ni macam high end punya barang, so saya mencari alternatif brand.

Review punya review di Youtube jumpa brand Huion. Dan akhinya saya beli writing pad Huion HS64 pada tahun 2020.

Tahun 2021 ni saya beralih kepada brand Veikk selepas tengok review jenama ini juga ok. Saya punya Veikk A30.

Baca juga: Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity Setting’ Supaya FB Tak Intai Data Kita

Bagi yang mencari writing pad, ini sedikit sebanyak yang boleh saya share tentang kedua-dua writing pad saya.

WRITING PAD

  • Veikk A30
    • Bersaiz A4. Pad besar, so lebih ruang untuk menulis
    • Writing pad lebih licin berbanding Huion
  • Huion HS64
    • Bersaiz separuh A4 sahaja.
    • Writing pad kurang licin sedikit
writing pad malaysia huion veikk

PEN

  • Veikk A30
    • Mata pen lebih kecil
    • Tiada grip getah
  • Huion HS64
    • Pen huion besar sedikit dan ada tambahan grip getah.
    • Mata pen huion juga lebih besar dan tulisan lebih cantik bila digunakan
writing pad malaysia huion veikk
writing pad malaysia huion veikk

SOFTWARE

  • Veikk A30
    • Veikk lebih mudah
    • Install, plug and play boleh terus guna
  • Huion HS64
    • Huion ada setting yang saya perlu ubah di laptop sebelum boleh guna
    • (PS: Saya guna Mac, mungkin pengguna Windows tiada masalah ini)

Baca juga: Google Family Link: Cara Limit Screen Time & Pantau Aktiviti Anak Di HP

Contoh Cara Guna

Untuk menggunakan writing pad ni, cuma perlu plug in USB dekat komputer atau laptop. Lepas tu dah boleh terus guna.

Cara nak guna tu bolehlah buka mana-mana program atau Apps di laptop yang support fungsi Draw.

Yang selalu saya guna pada Word, PowerPoint dan OneNote. Saya tak ada install lain-lain program atau apps tambahan pun.

Cara nak guna writing pad ni di Powerpoint, boleh refer gambar di bawah.
Buka mode presentation, ada fungsi draw.

(Saya punya PowerPoint versi Macbook.. Kalau di laptop gunakan windows juga ada fungsi ni.. Cuma kena tengok versi PowerPoint tahun bila la kot..)

 Di bawah ini pulak kalau dalam mode slideshow. Kena klik pada icon pen di bucu bawah tu.

writing pad malaysia huion veikk

Lepas tu bolehlah guna… Mudah kan?

Jadi, kalau nak beli writing pad yang bajet, boleh la survey dua brand ni.

Design dan jenis pula boleh pilih mana yang berkenan dengan bajet sendiri.

Memang dah ramai yang guna dan berpuas hati.

Setakat nak guna untuk menconteng & menulis nota, writing pad budget macam ni pun dah mencukupi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

*Tips, review dan cara guna writing pad Veikk dan Huion ini dikongsikan oleh saudari Faizura Johan menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: