Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity Setting’ Supaya FB Tak Intai Data Kita
Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity Setting‘
Perasan tak bila kita search pasal tudung, tiba-tiba banyak pulak keluar iklan tudung di FB.
Dan begitulah juga apabila kita search tentang benda-benda lain contohnya game, kasut, pakaian dan lain-lain lagi. Macam tau-tau je FB ni kan?
Sebenarnya ada fungsi penjejak ‘Off-Facebook Activity’ dalam apps FB ni untuk menghubungkan aktiviti kita di luar Facebook supaya FB akan menunjukkan iklan, produk dan perkhidmatan yang relevan dengan apa yang kita cari.
Di aplikasi FB telah dinyatakan :
Off-Facebook Activity includes information that business and organizations share with us about your interactions with them, such as visiting their apps and websites.
Ini bermakna segala aktiviti kita di luar Facebook yang telah kita link kan dengan Facebook boleh dijejaki supaya Facebook boleh memberi experience yang lebih baik kepada pengguna, sesuai dengan kecenderungan kita.
Jadi sebab itulah dia macam tahu-tahu je apa yang kita pernah search sebelum ini.
Jadi, adakah ia merbahaya?
Hmm… Tidak juga. Sebab pastinya Facebook ada sistem perlindungan data peribadi mereka yang tersendiri.
Cuma, ramai yang mahu lebih berhati-hati dan tak mahu data ini didedahkan kepada Facebook.
Baca juga: 15 Tempat Makan Best Di KL. Anda Mesti Cuba!
Cara Matikan Fungsi ‘Off-Facebook Activity’
Sebagai pengguna FB, kalau kita nak pastikan data kita tak diketahui oleh Facebook, kita boleh memilih untuk padamkan fungsi tersebut.
Caranya mudah je, ikut langkah step-by-step kat sini:
- Pergi dekat SETTINGS & PRIVACY (atau tiga garis di bahagian kanan sekali pada menu)
- Tekan SETTINGS
- Scroll bawah sampai jumpa OFF-FACEBOOK ACTIVITY
- Tekan MANAGE YOUR OFF-FACEBOOK ACTIVITY
- Tekan CLEAR HISTORY supaya data aktiviti kita dipadam
- Tekan MORE OPTIONS
- Tekan MANAGE FUTURE ACTIVITY
- Slidekan ke kanan dekat FUTURE OFF FACEBOOK ACTIVITY supaya fungsinya terpadam.
Boleh rujuk langkah bergambar di bawah:
Mula-mula pergi ke bahagian Setting.
Skrol ke bawah sampai jumpa Facebook Activity.
Tekan Clear History untuk padamkan data kita yang sebelum ni.
Lepas tu klik je butang kat bawah ni.
Kemudian ada lagi satu nak kena buat.
Tekan More Options.
Kemudian slide ke kiri untuk padamkan fungsi Future off-Facebook Activity
Anda akan dapat notifikasi ini setelah menutup fungsi tersebut.
Mudah saja kan.
Selepas padam history ini, mungkin ada beberapa apps yang kita kena key-in semula password, khususnya yang kita dah link dan login melalui FB.
Ada yang lagi suka dengan auto login ke FB sebab lebih senang dan malas nak ingat banyak-banyak password kan?
Baca juga: Smart Halal QR Code : Cara Kenalpasti Status Halal JAKIM Hanya Dengan Sekali Imbas!
Jadi, terpulang pada anda.
Kalau bila-bila masa anda rasa lebih selesa untuk menggunakan fungsi ini, bolehlah hidupkan fungsi ini semula.
Semoga bermanfaat.