Smart Halal QR Code : Cara Kenalpasti Status Halal JAKIM Hanya Dengan Sekali Imbas!

IMBAS QR CODE PADA APLIKASI SMART HALAL JAKIM UNTUK STATUS HALAL PRODUK

Selalu ragu-ragu dengan status halal? Mungkin ramai dah tahu kita boleh search status halal di laman web JAKIM, tapi kini status halal sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran sudahpun boleh diperoleh dengan lebih cepat dan mudah -iaitu hanya perlu imbas QR Code pada aplikasi telefon pintar SmartHalal!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah melancarkan kod QR Smart Halal JAKIM itu pada 29 Januari secara maya.

Menurut beliau, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi telefon pintar SmartHalal dan boleh menggunakan sistem QR Code itu.

“Hanya sekali imbas menggunakan aplikasi telefon pintar SmartHalal yang disediakan, pengguna akan memperoleh pelbagai maklumat pensijilan halal yang ingin dikongsikan,” katanya.

Tambahnya JAKIM akan terus mengemaskini dan menambahbaik sistem SmartHalal QR Code pada aplikasi telefon pintar SmartHalal dari semasa ke semasa agar ianya sentiasa relevan dan mengikut perkembangan semasa untuk digunakan oleh semua pihak.

Baca juga: mySIKAP: Daftar, Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

smart halal jakim

Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, sistem QR Code tersebut bukan sahaja akan membantu pengguna tetapi turut membantu pemain industri untuk mendapatkan maklumat berhubung pensijilan halal.

“Sistem QR Code ini merupakan sebahagian daripada penambahbaikan Prosedur Operasi Standard dalam pensijilan halal Malaysia khususnya bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui status halal sesuatu produk atau perkhidmatan dengan lebih pantas di samping membantu pemain industri untuk memperoleh pelbagai informasi berkaitan prosedur pensijilan halal terkini dengan lebih cepat dan tepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aplikasi Smart Halal JAKIM, yang dibangunkan berdasarkan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (MYeHALAL), merupakan hasil kerjasama strategik jawatankuasa bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri (JAIN), katanya.

Baca juga: Hotel Equatorial Penang Tutup Februari Ini Setelah 3 Dekad Beroperasi

Muat Turun Apps Smart Halal JAKIM

Anda boleh buat carian ‘SmartHalalApps’ oleh Hub Halal JAKIM di Google PlayStore untuk menggunakan aplikasi ini atau terus klik di bawah:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dermaga.smarthalalplatform&hl=en&gl=US

*Sumber: BERNAMA, AlHijrahNews

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: