Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB (Dividen) & Bonus 2021
Menjelang akhir tahun 2021 ini, pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.
Namun, jika mengambil kira faktor prestasi di Bursa Malaysia yang menyusut tetapi diseimbangkan oleh pertumbuhan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pasaran antarabangsa iaitu sekitar 12 peratus pada akhir tahun lalu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, unjuran prestasi ASB lebih baik pada tahun ini.
“Saya percaya pulangan pelaburan di pasaran global yang lebih baik akan menjadi anjakan untuk memberi pulangan minimum lima sen seunit pada 2021, dan ia adalah prestasi yang dikira tinggi dalam suasana sekarang,” katanya.
Tambahnya, beliau juga menjangkakan kadar agihan pendapatan ASB pada tahun 2021 yang bakal diumumkan bulan ini adalah sekitar lima hingga 5.25 sen seunit termasuk bonus, iaitu lebih tinggi berbanding tahun lalu dengan tambahan bonus sebanyak 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama tahun lalu.
Selain itu, antara faktor lain yang perlu diambil kira PNB untuk memberi agihan pendapatan ASB lebih baik tahun ini adalah pertumbuhan inflasi, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Sumber: Kosmo!
Kadar Dividen ASB 2021
TERKINI:
Pengumuman kadar pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB 2021)
- Agihan Pendapatan : 4.25 sen seunit
- Bonus : 0.75 sen seunit
- Jumlah : 5.00 sen seunit
Siaran Langsung Pengumuman Dividen ASB 2021
Untuk makluman, pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (dividen ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 akan disiarkan secara langsung pada tarikh dan masa berikut:
- Tarikh: 23 Disember 2021 (Khamis)
- Masa: 09:45 pagi
Tandakan di jadual anda!
Pautan untuk siaran – https://fb.me/e/1yaeHA7su
Tarikh Penangguhan Urusniaga ASB
Penangguhan urusniaga ASB bermula 23/12/2021 sehingga 2/1/2022.
Tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22/12/2021.
Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar ASB online dan download Apps MYASNB untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.
Maklumat lanjut, sila layari https://www.asnb.com.my/ atau ikuti laman Facebook Amanah Saham Nasional Berhad
Baca juga: