Seluruh Sarawak Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober 2021

SELURUH SARAWAK BERALIH KE FASA 3: KENYATAAN MEDIA JPBN SARAWAK

A. ZON SELATAN BERALIH KE PPN FASA 3 BERMULA 1 OKTOBER 2021

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak (MKN) telah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga- tiga indikator Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Zon Selatan.

Maka Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) BERSETUJU bahawa Zon Selatan akan beralih ke PPN Fasa 3.

Oleh itu, seluruh Sarawak akan berada dalam PPN Fasa 3 berkuatkuasa 01 Oktober 2021 (12.01 pagi).

NOTA: Zon Selatan (Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu).

B. PPN FASA 3: SOP DAN SEKTOR YANG DIBENARKAN BEROPERASI

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini BERSETUJU untuk membenarkan aktiviti-aktiviti seperti di bawah untuk beroperasi mulai 1 Oktober 2021 dengan mematuhi SOP Am PPN Sarawak yang ditetapkan oleh pihak MKN Sarawak di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negera.

SOP bagi sektor-sektor khusus boleh didapati di laman web Kementerian masing-masing yang akan dimuatnaik pada minggu ini:

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH)

i. Kedai Nombor Ramalan
ii. SPA, Wellness & Reflexology, Pusat Kecantikan
iii. Pusat siber cafe
iv. Kedai menjual permainan kanak-kanak
v. Pusat rekreasi Snuker & Biliard dan memancing udang

Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSS)

i. Pusat Gimnasium, Premis/Studio Aktiviti Zumba, yoga dan aktiviti bersenam seumpamanya
ii. Kolam renang

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC)

i. Aktiviti pelancongan dan produk tarikan pelancong

C. PERGERAKAN RENTAS DAERAH PPN FASA 3 SARAWAK

Kelulusan PDRM (permit polis) masih diperlukan untuk pergerakan rentas daerah.

D. PEMANDU DAN PEKERJA BAGI KENDERAAN MEMBAWA BARANG DAN PERKHIDMATAN PERLU

Wajib menjalani saringan ‘RTK-Antigen’ atau ‘Saliva Test’ setiap 7 hari selain daripada mendapatkan permit PDRM jika perlu melaksanakan tugas secara merentas daerah dengan kerap/berkala. Keputusan ini berkuatkuasa mulai 28 September 2021.

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
27 SEPTEMBER 2021
5.45 PETANG

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: