Bayaran RM500 Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara 2022 (P.J.P.N)
PEMBAYARAN ONE OFF RM500 PENERIMA PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (P.J.P.N) BAGI TAHUN 2022
Dimaklumkan bahawa Pesara Polis / Bekas Polis / Petugas Polis Era Darurat yang berkhidmat semasa Era Insugensi Komunis bermula 12 Julai 1948 hingga 17 Oktober 1990 boleh mula membuat semakan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) bagi tahun 2022.
Sila kemaskini alamat kediaman terkini dan muat naik dokumen sokongan tuntutan di dalam Sistem ePesara PDRM pada atau sebelum 30 Januari 2022.
Dapatkan bantuan melalui talian telefon eKasih Cawangan Hal Ehwal Awam / Pesara Polis di kontinjen dan daerah berdekatan dengan melayari portal epesara di pautan https://epesara.rmp.gov.my
Bagi mereka yang bakal Bersara Cukup Umur (BCU) atau Bersara Pilihan Sendiri (BPS) bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022, sila hubungi segera Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman di talian 03-2266 8387.
Baca juga:
- Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan 2022 & Kenaikan 2%
- Kad Pesara Kerajaan, Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan
- Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2022 Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)
Tentang Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)
Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) ini di anugerahkan kepada Petugas-Petugas Polis dan Polis Diraja Malaysia yang berkhidmat pada Era Darurat dan Era Insurgensi. Penganugerahan pingat ini adalah untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang Sang Saka Biru yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah.
Pesara dan Bekas Polis yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tempoh perkhidmatan yang terkandung melalui statut PJPN dan masih belum menerima pingat di jemput membuat permohonan dengan mendaftar sebagai pengguna Sistem e-Pesara PDRM di pautan berikut http://epesara.rmp.gov.my.