Adab Sebelum Tidur & Selepas Bangun Tidur (Sunnah Rasulullah)

Terdapat beberapa adab dan sunnah Rasulullah yang boleh kita amalkan sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Amalan ini mudah dilakukan, namun besar ganjarannya. Walaupun begitu, mungkin masih tak ramai antara kita yang betul-betul mengamalkannya.

Jom kita ketahui lebih lanjut apakah antara amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah ketika masuk tidur dan selepas bangun dari tidur.

ADAB SUNNAH RASULULLAH SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur, jom kita sama-sama beramal sunnah ringan ini.

  1. Menyapu-nyapu atau mengibas tempat tidur sambil sebut “bismillah”. [HR. al-Bukhari: 6320]
  2. Membaca 3 Qul, hembus di tangan dan sapu seluruh badan serata yang boleh (diulang 3x). [HR. al-Bukhari: 5017]
  3. Membaca ayat Kursy. [HR. al-Bukhari: 3275]
  4. Membaca doa tidur. “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa’ “. [HR. al-Bukhari: 6324]
  5. Tidur baring mengiring sebelah kanan. [HR. al-Bukhari: 247]
  6. Berazam ingin Qiamullail

Jangan lupa sebelum tidur ayuh kita usaha menjaga perkara-perkara sunnah sebelum tidur, antaranya:

  1. Membaca 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas)
  2. Mengambil wudhuk
  3. Solat witir
  4. Baca surah al-Mulk
  5. Berazam ingin qiamullail.

Semoga Allah swt rezekikan kita mendapat sifat salah satu sifat-sifat bakal penghuni syurga iaitu:

كَانُوا۟ قَلِیلࣰا مِّنَ ٱلَّیۡلِ مَا یَهۡجَعُونَ.
Maksudnya: Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[Surah al-Zariyat: 17]

Semoga Allah swt pelihara kita ketika tidur dan memberi tidur yang kualiti buat kita. Aamiin.

Adab doa bangun sebelum tidur

ADAB KETIKA BANGUN TIDUR

Dah bangun tidur? JOM SEMAK APA ADAB DAN SUNNAH ‘SIMPLE’ BILA BANGUN TIDUR…

  1. Duduk dan usap-usap wajah, sapu-sapu wajah.
    [HR. Ahmad: 2201]
  2. Baca doa bangun tidur. Antara bacaan yang baginda SAW rutinkan ketika bangun tidur ialah:

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَحْيَاناَ بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَ إِلَيْهِ النُّشُوْرُ
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah Dia mematikan kami, dan hanya kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”
[HR. al-Bukhari: 6325]

  1. Mencuci kedua tangan 3x sebelum mencelup/memasukkan tangan dalam bekas air.
    [HR. al-Bukhari: 162]
  2. Membersihkan lubang hidung 3x (istinsyaq).
    [HR. al-Bukhari: 3295]
  3. Gosok gigi/bersiwak.
    [HR. al-Bukhari: 245]
  4. Berwudhuk dan solat bagi hilangkan kemalasan.
    [HR. al-Bukhari: 1142]
Adab doa bangun sebelum tidur

Ada lagi yang lain, cuma kalau kita boleh istiqomah dan buat ini pun dah Alhamdulillah.

Jom beramal !
Wallahu’alam.

Kredit: JAKIM, Zon Kuliah via Kempen Semak Hadis Sebelum Sebar

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: