Individu Yang Merokok Di Tempat Awam Akan Dikenakan Kompaun! -KKM.

Walaupun larangan merokok di kedai makan dan tempat awam telah berkuatkuasa sejak tahun 2019, namun ada segelintir masyarakat yang masih lagi ingkar akan larangan berkenaan.

Baru-baru ini pihak berkuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan operasi mencari dan mendenda perokok yang ‘menyalakan api’ atau vape di kawasan bebas rokok.

Apa Jadi Pada Isu Larangan Merokok Di Restoran & Kedai Makan? - REMAJA
Kredit Foto: REMAJA

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penguatkuasaan akan lebih diperketatkan terhadap larangan merokok di tempat awam. Beliau berkata lagi, KKM akan terus menerus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan orang awam mematuhi larangan tidak merokok di tempat awam.

Beliau juga telah berkongsi beberapa gambar di media sosialnya serta memberi amaran tegas kepada orang awam mengenai situasi yang bakal diterima sekiranya masih mahu merokok di tempat awam.

Image from Khairy Jamaluddin (Facebook)
Kredit Foto: (Facebook) Khairy Jamaluddin
Image
Kredit Foto: Khairy Jamaludin
Image
Kredit Foto: Khairy Jamaludin

Sejak dari tahun 2019, kerajaan telah berkuatkuasa dalam mengenakan larangan merokok di semua tempat makan seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.

Mereka yang melakukan kesalahan buat pertama kali akan dikenakan kompaun sebanyak RM150, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.

Peraturan 12, PPKHT 2004, menyatakan bahawa semua pemilik premis hendaklah memastikan kawasan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

Pemilik premis juga diminta tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok.

Selain itu, pemilik premis juga perlu memastikan papan tanda ‘Dilarang Merokok’ jelas dilihat di kawsan tempat makan. 

Berikut adalah 23 kawasan larangan merokok di tempat awam:

23 Tempat Larangan Merokok - Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit Foto: Info Sihat

Inginkan artikel yang menarik klik disini