PPN Fasa 2: Senarai SOP Penuh Berkuatkuasa 5 Julai 2021

Kuala Lumpur: Pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, ia masih perlu dapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga dengan kelulusan PDRM.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru dan pelajar sekolah yang mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

“Selain itu, untuk sektor perdagangan yang dibenarkan beroperasi adalah kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut.

“Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis hari ini diumumkan beralih ke Fasa 2 PPN berkuat kuasa 5 Julai ini.

*Sumber: Harian Metro

Senarai SOP Penuh PPN Fasa 2

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: