Ini Keistimewaan AirAsia Ride Berbanding e-Hailing Lain
Nampaknya persaingan e-hailing di negara kita semakin sengit apabila gergasi penerbangan negara memasuki gelanggang e-hailing melalui pelancaran rasmi AirAsia Ride secara maya pada Isnin, 23 Mac 2021.
Difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia yang memperkenalkan perkhidmatan terbaharu e-hailing dikenali sebagai Air Asia Ride ini menawarkan beberapa ciri unik buat pengguna dan pemandu.
Ini sekaligus mencetuskan persaingan dengan syarikat ehailing sedia ada seperti Grab, MyCar, Maxim, Gojo dan lain-lain.
Namun, apakah keistimewaan Air Asia Ride berbanding syarikat e-hailing sedia ada ini?
Baca juga: KPDNHEP: Perincian Operasi Sektor Perniagaan Yang Dibenarkan Setiap Fasa PPN
Keistimewaan AirAsia Ride
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia ride Malaysia, Lim Chiew Shan berkata, melalui perkhidmatan e-hailing di bawah aplikasi AirAsia Super App itu, pengguna diberi peluang untuk memilih sendiri pemandu yang mereka mahu.
Menurutnya, pilihan ditawarkan dalam perkhidmatan AirAsia ride itu bukan sahaja terhad kepada jenis kenderaan tetapi juga pemilihan pemandu yang terbaik dan selamat.
“AirAsia ride menggunakan konsep ‘pemandu yang diutamakan’ bagi pemandu yang komited dan mendapat penilaian baik daripada pelanggan.
“Jadi apabila pengguna membuka aplikasi tersebut, mereka akan diberikan pilihan kepada ‘pemandu diutamakan’ yang berada berdekatan,” katanya ketika majlis pelancaran Airasia Ride .
Chiew Shan berkata, konsep ‘pemandu diutamakan’ itu juga akan membolehkan pemandu menerima pendapatan keseluruhan yang lebih tinggi.
Baca juga: JPJ Melaka Lelong Kereta Serendah RM965 Bermula 6 September 2021
Kawasan Yang Menawarkan Perkhidmatan Ini
Pada masa ini, Air Asia Ride mempunyai seramai 1,500 pemandu berdaftar dan dengan pelan pengembangan ke seluruh negara, dan menjangka lebih 5,000 pemandu akan mendaftar dalam tempoh enam bulan bulan akan datang.
Disebalik ramai pemandu teruja untuk bersama dengan applikasi Air Asia Ride kerana diyakini mampu memberi pulangan yang baik kepada pemandu timbul pula kebimbangan pemandu-pemandu ehailing iaitu berkenaan dengan perang harga atau perang tambang.
Namun, sebagai pengguna, ia boleh menjadi satu perkara yang baik kerana mempunyai lebih banyak pilihan dan secara tidak langsung ‘memaksa’ setiap e-hailing meningkatkan prestasi masing-masing untuk terus berada dalam industri ini.
Download Aplikasi AirAsia Ride di sini: https://www.airasia.com/aa/appdownload